MINIT MESYUARAT ENCLAVE T - 14hb FEBRUARI 2011 (Bil. 1/11)
PENDAHULUAN
Alhamdulillah dan terima kasih kepada penduduk di Enclave T yang dapat meluangkan masa untuk hadir pada mesyuarat penduduk yg pertama kali di adakan pada tahun ini. Terima kasih juga kepada tuan rumah iaitu En. Zaidi rumah bernombor 31-T yg sudi menjadi tuan rumah bagi mesyuarat kali ini.
AKTIVITI
PENGAWAL KESELAMATAN
1- Mesyuarat bersetuju untuk memulakan kembali Pengawal Keselamatan yang akan di lantik untuk bertugas di Enclave T, berkuat kuasa pada 1 April 2011. Sehubungan dengan itu, mesyuarat juga bersetuju untuk memulakan kutipan yuran Pengawal Keselamatan satu bulan lebih awal iaitu bermula dari bulan Mac 2011.
2- Mesyuarat juga bersetuju untuk memulakan akaun baru bagi tahun 2011 bermula daripada bulan Mac 2011. Ini bermakna akaun terdahulu akan di tutup dan kesemua baki yang tinggal akan di bawa kehadapan dan jika penduduk Enclave T ada tunggakan pada akaun yang terdahulu, di minta kerjasama untuk bermula dengan akaun yang baru bermula pada bulan Mac 2011.
3- Di harap dengan langkah ini penduduk di Enclave T dapat memberikan kerjasama dengan membayar yuran Pengawal Keselamatan setiap bulan dan tidak tertangguh lagi. Bayaran yuran bulanan masih kekal RM50.00 sebulan.
4- Langkah menyediakan Pengawal Keselamatan ini adalah dari permintaan majoriti penduduk sendiri terutamanya bagi penduduk yang bekerja shif malam yang bimbang dengan keselamatan keluarga yang ditinggalkan. Ini juga adalah langkah berjaga-jaga yang mampu disepakati, memandangkan kawasan di sekitar Enclave T ini akan menjadi kawasan tumpuan pengunjung-pengunjung yang akan datang untuk membeli-belah di sebelah Enclave T tidak berapa lama lagi.
5- Keadaan yang tenang sekarang ini janganlah kita terus terlena, tetapi hendaklah kita terus merangka strategi untuk keselamatan bersama kerana bak kata pepatah ’Jerat Memang Tak Lupakan Pelanduk, tetapi Pelanduk Yang Selalu Lupakan Jerat”.
WAKAF
1- Satu surat akan di keluarkan untuk memohon secara bertulis kemudahan bekalan elektrik dan lampu di wakaf Enclave T dari Majlis Perbandaran Nilai, dengan keadaan gelap di Wakaf ini maka ianya amat terdedah kepada gejala yang tidak sihat berlaku.
2- Mesyuarat juga bersetuju untuk menggantikan alat siren kecemasan yang tidak berfungsi di wakaf Enclave T. En. Asri Loke di mohon kerjasama untuk membantu bagi menggantikannya dan jika ada kos penyelenggaraan/pembaikan bolehlah dipohon dari En. Yazir selaku Bendahari di Enclave T.
HARI KELUARGA
1- Mesyuarat bersetuju untuk mengadakan hari keluarga bagi Enclave T yang telah lama tertangguh. Penanguhan ini adalah disebabkan musim hujan dan cuaca yang tidak menentu didalam bulan November 2010 - Januari 2011. Oleh yang demikian satu tarikh yang difikirkan sesuai akan dipilih dan majlis tersebut seperti biasa akan diadakan pada hari sabtu pada sedikit masa lagi. En. Sahihan di lantik untuk mengetuai AJK Hari Keluarga dan akan membentangkan agenda-agenda serta aktiviti-aktiviti hari keluarga nanti.
TABUNGAN
1- En. Yazir membentangkan akaun Enclave T setakat bulan ini, tetapi tiada wang keluar masuk yang direkodkan dan kesemua baki simpanan akan di bawa ke akaun tahun 2011.
2- Seperti biasa pembayaran RM50.00 sebulan bolehlah dibuat pada En. Yazir, En. Zaidi dan saya sendiri, jika pihak tuan tidak dapat hadir pada mesyuarat bulanan di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
LAIN-LAIN
1- Mesyuarat memohon kerjasama dari pada kalangan penduduk untuk mengingatkan anak-anak di Enclave T agar dapat menjaga bersama keselamatan harta benda dan juga kebersihan di kawasan padang Enclave T dan disekitarnya.
2- Mesyuarat juga diperkenalkan kepada jiran yang baru berpindah di Enclave T iaitu En. Nik Syadidallah dan keluarga di rumah 39-T dengan ucapan selamat datang ke keluarga besar Enclave T.
Sunday, February 27, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment