Assalamualaikum
Alhamdulillah, shukur pada Allah SWT hari keluarga Enclave T yang telah dirancang sejak sekian lama telah pun berjaya diadakan pada 9hb Julai 2011 yang lalu. Bermula daripada cadangan penduduk sendiri yang mahu mengadakan satu acara khas untuk sukaneka diantara penduduk dan juga makan malam secara BBQ.
Akhirnya satu majlis yang cukup meriah berjaya diadakan, bermula dari sebelah pagi iaitu bergotong-royong membersihkan ayam dan daging untuk BBQ di sebelah malamnya, dan disebelah petang pula telah berjaya diadakan acara sukaneka bagi penduduk dewasa dan kanak-kanak.
Disebelah malamnya pula pelbagai juadah iringan seperti nasi lemak dan buah-buahan serta kueh muih memeriahkan lagi hidangan BBQ yang diringi dengan alunan muzik karaoke yang dinyanyikan sendiri oleh penduduk-penduduk di Enclave T yang berbakat besar.
Penyampaian hadiah bagi sukaneka yang dimenangi oleh pasukan yang menang bagi acara sukan juga diadakan disebelah malam. Jiran baru dan lama turut hadir memeriahkan lagi malam BBQ Enclave T, saudara Azrin dan keluarga yang pernah menetap di Enclave T juga turut hadir untuk memeriahkan lagi malam BBQ.
Seramai 18 keluarga dari Enclave T telah berjaya menghadirkan diri untuk memeriahkan suasana hari keluarga di Enclave T ini. Terima kasih kepada semua penduduk yang telah bersusah-payah untuk menjayakan hari keluarga pada tahun ini. Semuga kita akan berjaya lagi menganjurkan acara sebegini ditahun-tahun yang akan datang. InsyaAllah.
Tahniah semua Penduduk Enclave T.
Sekian terima kasih
No comments:
Post a Comment