Assalamualaikum,
Buat julung-julung kalinya Persada Kasih telah mengadakan satu permainan futsal bertempat di gelanggang Futsal di Majlis Perbandaran Nilai (MPN), pada tarikh 18hb Februari 2011 yang lalu. Permainan futsal ini adalah anjuran Ungku Aziz dari Enclave U sebagai acara pemanas badan bagi penduduk Persada Kasih sebelum acara Badminton yang terhenti hampir 2 tahun akan di sambung semula.
Di kalangan penduduk dewasa dan kanak-kanak ramai yang datang menghadirkan diri untuk menyahut cabaran Pak Ungku yang mahu menubuhkan satu pasukan dewasa dan kanak-kanak Futsal bagi Persada Kasih untuk mencabar penduduk-penduduk dari persada-persada yang lain di Bandar Enstek bermain Futsal.
Diharap acara-acara begini akan diteruskan dari masa ke semasa untuk mencungkil bakat-bakat yang terpendam dikalangan penduduk Persada Kasih di samping dapat mengeratkan silaturrahim dikalangan penduduk.
Sekian terima kasih
Sunday, February 27, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment