Assalamualaikum,
Alhamdulillah, akhirnya satu majlis sambutan hari raya yang julung-julung kalinya untuk Enclave T berjaya diadakan pada 16 September 2011. Pada setiap tahun penduduk Enclave T bercita-cita untuk menjayakan majlis hari rayanya sendiri tetapi tidak pernah menjadi realiti, hanya pada tahun ini sahaja ianya menjadi kenyataan.
Majlis yang cukup ringkas diadakan disebelah malam dimana jamuan diadakan secara 'pot luck' setiap keluarga disarankan untuk membawa satu jenis jamuan makanan bagi kira-kira 2-3 orang sahaja.
Akhirkata, harapan penduduk agar acara sambutan hari raya sebegini dapat diadakan pada setiap tahun, agar silaturrahim di kalangan penduduk menjadi semakin erat, insyaAllah.
Sekian terima kasih
No comments:
Post a Comment