MINIT MESYUARAT ENCLAVE T - 27hb JULY 2012
PENDAHULUAN
Alhamdulillah dan terima kasih kepada penduduk di Enclave T yang dapat meluangkan masa untuk hadir pada mesyuarat penduduk kali ini.
PENGAWAL KESELAMATAN
1- Mesyuarat memohon kerjasama dari penduduk-penduduk Enclave T termasuk kepada penyewa-penyewa untuk membayar yuran sekuriti semoga sumbangan kita ini dapat mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku dikawasan kediaman Enclave T.
2- Bayaran yuran bulanan ini masih kekal pada kadar lama iaitu RM50.00 sebulan. Di harap penduduk-penduduk tidak melenggahkan pembayaran kerana ianya apabila tertunggak akan menjadi bebanan pula di kemudian hari.
3- Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk menggadakan kawalan keselamatan pada sebelah siang hari pada minggu hari raya selama hanya lima (5) hari bermula dari 19hb Ogos – 23 hb Ogos 2012. (Ahad – Khamis), dari waktu 10.00 a.m. hingga jam 6.00 p.m.
4- Kawalan keselamatan pada waktu malam pula akan diadakan seperti biasa bermula dari pukul 10.00 p.m. – 6.00 a.m.
5- Penduduk-penduduk dinasihatkan supaya mengunci rumah dan memberitahu jiran tempoh ketiadaan dirumah supaya jiran boleh menolong memantau jika ada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku
TABUNGAN
1- Seperti biasa pembayaran sekuriti RM50.00 sebulan bolehlah dibuat pada En. Yazir, En. Zaidi dan saya sendiri, jika pihak tuan tidak dapat hadir pada mesyuarat bulanan di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
2- Akaun terkini dikeluarkan oleh En. Yazir secara berkala dan ianya boleh dirujuk di blog http://www.enclave-t.blogspot.com/
KUTIPAN SURAU
Surau Al-Hidayah di Persada Damai ada menganjurkan kutipan bulanan bagi menampung perbelanjaan aktiviti-aktiviti surau termasuk ceramah-ceramah agama dan kelas mengaji. Sukacita dijemput penduduk-penduduk di Enclave T untuk menderma ke tabung surau Al-Hidayah dengan menghubungi Tuan Haji Razali, No. Rumah 8-T, selaku wakil Surau Al-Hidayah.
JAMUAN HARI RAYA
1- Mesyuarat memutuskan bahawa jamuan hari raya pada tahun ini akan diadakan pada 16hb September 2012 (Ahad) pada pukul 8.00 p.m. Jamuan pada tahun ini akan diadakan secara kutipan dan juga pot-luck dimana setiap rumah disyaratkan membawa sedikit makanan (anggaran 3-4 orang sahaja). Kutipan sebanyak RM 20.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Sahaja) bagi satu rumah. Kutipan ini akan digunakan bagi membiayai sewa khemah dan juga penyediaan menu utama iaitu nasi lemak dan air minuman.
2- Duit kutipan sebanyak RM20.00 tersebut bolehlah diserahkan kepada En. Yazir selaku bendahari Encl. T, selewat-lewatnya pada 09hb September 2012 (Ahad).
LAIN-LAIN
1- Mesyuarat menasihatkan agar ibubapa dapat mengawasi anak-anak di Enclave T agar tidak bermain mercun yang merbahaya seperti contoh mercun yang di hasilkan dari kabait, mercun bom, dan lain-lain yang boleh mengeluarkan bunyi yang terlalu kuat serta mengganggu keharmonian jiran tetangga. Walaubagaimana pun bunga api yang tidak diharamkan oleh kerajaan Malaysia bolehlah dimain di waktu malam di bawah pengawasaan ibubapa di dalam suasana muhibbah serta semangat kejiranan yang tinggi.
2- Mesyurat mencadangkan agar permohonan bagi mendapatkan sebuah court futsal dapat di pohon dari Adun kawasan kawasan Labu. Satu surat permohonan rasmi akan di keluarkan di dalam masa terdekat.
3- Tuan Haji Razali telah membuat aduan mengenai keadaan longkang yang kotor di Enclave T kepada MPN – Majlis Perbandaran Nilai. Satu salinan laporan ada diberi sebagai bukti aduan telah diterima.
Sila layari blog kami di http://enclave-t.blogspot.com
No comments:
Post a Comment