Thursday, December 1, 2011

Minit Mesyuarat Enclave T - 28hb Oktober 2011

MINIT MESYUARAT ENCLAVE T - Bil. 6/11



PENDAHULUAN

Alhamdulillah dan terima kasih kepada penduduk di Enclave T yang dapat meluangkan masa untuk hadir pada mesyuarat penduduk kali ini.

PENGAWAL KESELAMATAN

1- Penduduk di Enclave T di rayu untuk membayar yuran bulanan sekuriti yang telah mula dikutip bermula dari bulan Mac 2011. Mesyuarat memohon kerjasama dari penduduk-penduduk Enclave T termasuk kepada penyewa-penyewa untuk membayar yuran sekuriti semoga sumbangan kita yang kecil ini dapat mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku dikawasan kediaman Enclave T.

2- Bayaran yuran bulanan ini masih kekal pada kadar lama iaitu RM50.00 sebulan. Di harap penduduk-penduduk tidak melenggahkan pembayaran kerana ianya akan terkumpul dan akan menjadi bebanan pula di kemudian hari.

TABUNGAN

1- Seperti biasa pembayaran sekuriti RM50.00 sebulan bolehlah dibuat pada En. Yazir, En. Zaidi dan saya sendiri, jika pihak tuan tidak dapat hadir pada mesyuarat bulanan di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

2- Akaun terkini dikeluarkan oleh En. Yazir secara berkala dan ianya boleh dirujuk di blog http://www.enclave-t.blogspot.com/


KUTIPAN SURAU

Surau Al-Hidayah di Persada Damai ada menganjurkan kutipan bulanan bagi menampung perbelanjaan aktiviti-aktiviti surau termasuk ceramah-ceramah agama dan kelas mengaji. Sukacita dijemput penduduk-penduduk di Enclave T untuk menderma ke tabung surau Al-Hidayah dengan menghubungi Tuan Haji Razali, No. Rumah 8-T, selaku wakil Surau Al-Hidayah.

DIALOG BERSAMA PENGURUSAN ZEMART

Mesyuarat merasakan bahawa dialog bersama pengurusan Zemart pada hal-hal yang disenaraikan pada minit bil : 04/11 tidak dapat dilaksanakan memandangkan hal yang sebegini sepatutnya dibawa oleh pihak persatuan yang mewakili suara majoriti. Manakala keadaan persatuan yang semua telah sedia maklum dianggap sebagai tidak aktif lagi. Satu usaha lain perlulah dibuat agar perkara-perkara yang menjadi kepentingan bersama boleh diatasi untuk kepentingan dan keselesaan penduduk di Enclave T.

GOTONG – ROYONG

Majlis gotong–royong di tangguhkan buat sementara waktu memandangkan cuaca yang sudah memasuki musim tengkujuh dimana hujan turun hampir setiap hari. Satu tarikh baru akan diberitahu kelak.

LAIN-LAIN

1- Tuan Haji memaklumkan bahawa tong sampah di Enclave T perlulah diganti baru kerana sudah rosak teruk dan tidak boleh digunakan lagi.

2- Cadangan Haji Razali iaitu untuk menggantikan padang bola di Enclave T dengan kawasan futsal / gelanggang vollyball telah mendapat beberapa cadangan susulan, iaitu:-

a- Cadangan supaya diminta peruntukan untuk membina kawasan permainan futsal dari pihak pengurusan bandar ENSTEK.
b- Cadangan supaya dipanjangkan permohonan ini sehingga kepada Kementerian Belia dan Sukan.
c- Cadangan untuk memohon peruntukan dari MPN untuk dibuat lapangan FUTSAL. Satu dialog bersama MPN akan diusahakan oleh En. Hamsani.


No comments: