MINIT MESYUARAT ENCLAVE T - 29hb APRIL 2011 (Bil. 3/11)
PENDAHULUAN
Alhamdulillah dan terima kasih kepada penduduk di Enclave T yang dapat meluangkan masa untuk hadir pada mesyuarat penduduk kali ini.
PENGAWAL KESELAMATAN
1- Penduduk di Enclave T di rayu untuk membayar yuran bulanan sekuriti yang telah mula dikutip bermula dari bulan Mac 2011. Mesyuarat memohon kerjasama dari penduduk-penduduk Enclave T termasuk kepada penyewa-penyewa untuk membayar yuran sekuriti semoga sumbangan kita yang kecil ini dapat mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku dikawasan kediaman Enclave T.
2- Bayaran yuran bulanan ini masih kekal pada kadar lama iaitu RM50.00 sebulan. Di harap penduduk-penduduk tidak melenggahkan pembayaran kerana ianya akan terkumpul dan akan menjadi bebanan pula di kemudian hari.
WAKAF
1- Mesyuarat bersetuju untuk membuat pendawaian sendiri setelah usaha untuk membuat permohonan kepada MPN seperti tidak dilayan.
2- Pendawaian yang baru akan menggantikan siren dan litar pendawaian yang lama.
HARI KELUARGA
1- Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk menganjurkan hari keluarga bagi Enclave T iaitu pada 28 Mei 2011 (Sabtu). Hari keluarga ini akan diadakan di padang Enclave T, bayaran sebanyak RM60.00 bagi satu keluarga dikenakan bagi menampung perbelanjaan bagi hari keluarga tersebut. Hari keluarga ini akan bermula dari sebelah petang dengan dimulakan dengan acara sukaneka bagi ahli keluarga dan kanak-kanak manakala di sebelah malamnya pula akan diadakan jamuan makan.
2- En. Sahihan selaku ketua AJK Hari Keluarga akan membentangkan butiran-butiran dan aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan sedikit masa lagi.
3- Satu mesyuarat khas untuk membincangkan hari keluarga akan di adakan didalam masa yang terdekat.
4- Bayaran bagi hari keluarga ini sudah boleh dibuat pada bila-bila masa kepada Bendahari En. Yazir di No. Rumah 27-T.
TABUNGAN
1- Seperti biasa pembayaran sekuriti RM50.00 sebulan bolehlah dibuat pada En. Yazir, En. Zaidi dan saya sendiri, jika pihak tuan tidak dapat hadir pada mesyuarat bulanan di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
2- Akaun terkini dikeluarkan oleh En. Yazir secara berkala dan ianya boleh dirujuk di blog http://www.enclave-t.blogspot.com/
KUTIPAN SURAU
Surau Al-Hidayah di Persada Damai ada menganjurkan kutipan bulanan bagi menampung perbelanjaan aktiviti-aktiviti surau termasuk ceramah-ceramah agama dan kelas mengaji. Sukacita dijemput penduduk-penduduk di Enclave T untuk menderma ke tabung surau Al-Hidayah dengan menghubungi Tuan Haji Razali, No. Rumah 8-T, selaku wakil Surau Al-Hidayah.
LAIN-LAIN
1- Tuan Haji Syafie dan Tuan Haji Razali bermurah hati untuk menyumbang pokok buah-buahan untuk di tanam di padang Enclave T.
2- Mesyuarat dimaklumkan bahawa terdapat banyak anjing-anjing liar berkeliaran diwaktu malam di kawasan Enclave T. Mesyuarat disyorkan untuk menghubungi MPN bagi mengadu masalah ini.
3- Tuan Haji memaklumkan bahawa tong sampah di Enclave T perlulah diganti baru kerana sudah rosak teruk dan tidak boleh digunakan lagi.
4- Cadangan Haji Razali iaitu untuk menggantikan padang bola di Enclave T dengan kawasan futsal / gelanggang vollyball telah mendapat beberapa cadangan susulan, iaitu:-
a- Cadangan supaya diminta peruntukan untuk membina kawasan permainan futsal dari pihak pengurusan bandar ENSTEK.
b - Cadangan supaya dipanjangkan permohonan ini sehingga kepada Kementerian Belia dan Sukan
Saturday, May 28, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment