Saturday, May 28, 2011

Minit Mesyuarat 29 April 2011

MINIT MESYUARAT ENCLAVE T - 29hb APRIL 2011 (Bil. 3/11)

PENDAHULUAN
Alhamdulillah dan terima kasih kepada penduduk di Enclave T yang dapat meluangkan masa untuk hadir pada mesyuarat penduduk kali ini.

PENGAWAL KESELAMATAN
1- Penduduk di Enclave T di rayu untuk membayar yuran bulanan sekuriti yang telah mula dikutip bermula dari bulan Mac 2011. Mesyuarat memohon kerjasama dari penduduk-penduduk Enclave T termasuk kepada penyewa-penyewa untuk membayar yuran sekuriti semoga sumbangan kita yang kecil ini dapat mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku dikawasan kediaman Enclave T.

2- Bayaran yuran bulanan ini masih kekal pada kadar lama iaitu RM50.00 sebulan. Di harap penduduk-penduduk tidak melenggahkan pembayaran kerana ianya akan terkumpul dan akan menjadi bebanan pula di kemudian hari.

WAKAF

1- Mesyuarat bersetuju untuk membuat pendawaian sendiri setelah usaha untuk membuat permohonan kepada MPN seperti tidak dilayan.
2- Pendawaian yang baru akan menggantikan siren dan litar pendawaian yang lama.

HARI KELUARGA

1- Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk menganjurkan hari keluarga bagi Enclave T iaitu pada 28 Mei 2011 (Sabtu). Hari keluarga ini akan diadakan di padang Enclave T, bayaran sebanyak RM60.00 bagi satu keluarga dikenakan bagi menampung perbelanjaan bagi hari keluarga tersebut. Hari keluarga ini akan bermula dari sebelah petang dengan dimulakan dengan acara sukaneka bagi ahli keluarga dan kanak-kanak manakala di sebelah malamnya pula akan diadakan jamuan makan.

2- En. Sahihan selaku ketua AJK Hari Keluarga akan membentangkan butiran-butiran dan aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan sedikit masa lagi.

3- Satu mesyuarat khas untuk membincangkan hari keluarga akan di adakan didalam masa yang terdekat.

4- Bayaran bagi hari keluarga ini sudah boleh dibuat pada bila-bila masa kepada Bendahari En. Yazir di No. Rumah 27-T.

TABUNGAN
1- Seperti biasa pembayaran sekuriti RM50.00 sebulan bolehlah dibuat pada En. Yazir, En. Zaidi dan saya sendiri, jika pihak tuan tidak dapat hadir pada mesyuarat bulanan di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

2- Akaun terkini dikeluarkan oleh En. Yazir secara berkala dan ianya boleh dirujuk di blog http://www.enclave-t.blogspot.com/

KUTIPAN SURAU
Surau Al-Hidayah di Persada Damai ada menganjurkan kutipan bulanan bagi menampung perbelanjaan aktiviti-aktiviti surau termasuk ceramah-ceramah agama dan kelas mengaji. Sukacita dijemput penduduk-penduduk di Enclave T untuk menderma ke tabung surau Al-Hidayah dengan menghubungi Tuan Haji Razali, No. Rumah 8-T, selaku wakil Surau Al-Hidayah.

LAIN-LAIN
1- Tuan Haji Syafie dan Tuan Haji Razali bermurah hati untuk menyumbang pokok buah-buahan untuk di tanam di padang Enclave T.

2- Mesyuarat dimaklumkan bahawa terdapat banyak anjing-anjing liar berkeliaran diwaktu malam di kawasan Enclave T. Mesyuarat disyorkan untuk menghubungi MPN bagi mengadu masalah ini.

3- Tuan Haji memaklumkan bahawa tong sampah di Enclave T perlulah diganti baru kerana sudah rosak teruk dan tidak boleh digunakan lagi.

4- Cadangan Haji Razali iaitu untuk menggantikan padang bola di Enclave T dengan kawasan futsal / gelanggang vollyball telah mendapat beberapa cadangan susulan, iaitu:-

a- Cadangan supaya diminta peruntukan untuk membina kawasan permainan futsal dari pihak pengurusan bandar ENSTEK.
b - Cadangan supaya dipanjangkan permohonan ini sehingga kepada Kementerian Belia dan Sukan

Notis Peringatan

Tuan,

KAWALAN KESELAMATAN DI ENCLAVE T, PERSADA KASIH
- Peringatan Pertama Bayaran Pengawal Keselamatan


Bagi pengetahuan pihak tuan, kutipan bagi pengawal keselamatan di Enclave T ini telah bermula dari bulan September 2007 dan kami hanya memohon kerjasama dari pihak tuan untuk memulakan bayaran hanya dari bulan Mac 2011 sahaja.

Bayaran bagi setiap bulan boleh dibayar kepada En. Yazir (27T) selaku Bendahari Enclave T atau kepada En. Zaidi (31T) selaku Penyemak Penyata Kira-Kira atau kepada saya sendiri di rumah 36T.

Adalah menjadi harapan kami agar setiap penduduk di Enclave T dapat memberikan kerjasama untuk menjaga keselamatan dan kebersihan di kawasan Enclave T agar keharmonian hidup berjiran dan bermasyarakat dapat diteruskan dengan cemerlang.

Sekian terima kasih

Aktiviti Badminton 2011

Assalamualaikum

Kepada penduduk lelaki di Enclave T yang berminat untuk bermain badminton, maka bolehlah berbuat demikian seperti di bawah :-

Masa : Setiap hari Selasa Malam Rabu

Tempat : Dewan Serbaguna Kompleks KLIA

Pukul : 9.00 - 11.00 malam

Untuk makluman pihak tuan, kami baru saja mula bermain kira-kira sebulan yang lalu setelah terhenti selama 2 tahun. Kumpulan kami pada kali ini adalah campuran dari Persada yang lain-lain tetapi majoriti adalah yang bekerja dengan Saudi Air. Yuran dikenakan hanya serendah RM20.00 sebulan.

Sekian terima kasih



Dah berabuk beg ni...




Ini Ungku Aziz, salah seorang organizer pada kali ini....


Suasana gelanggang yg santai......



Sedang beraksi....