Sunday, April 10, 2011

Minit Mesyuarat Enclave T - 01 April 2011


MESYUARAT ENCLAVE T - 01 APRIL 2011







PENDAHULUAN


Alhamdulillah dan terima kasih kepada penduduk di Enclave T yang dapat meluangkan masa untuk hadir pada mesyuarat penduduk kali ini.



PENGAWAL KESELAMATAN


1- Penduduk di Enclave T di perkenalkan dengan pengawal keselamatan yang baru di lantik iaitu En. Ismail. En. Ismail diberi penerangan ringkas berkenaan dengn tugas rasmi beliau yang bermula pada 01 April 2011.

2- Penduduk di Enclave T diminta memberikan kerjasama supaya dapat membuka lampu dibelakng rumah masing-masing kerana dilorong belakang keadaannya amat gelap dan ini mungkin akan mengundang bahaya.


3- Penduduk Enclave T diharap dapat memberikan kerjasama dengan membayar yuran Pengawal Keselamatan setiap bulan dan tidak tertangguh lagi. Bayaran yuran bulanan masih kekal pada RM50.00 sebulan.



WAKAF


1- Surat rasmi telah di keluarkan untuk memohon secara bertulis kemudahan bekalan elektrik dan lampu di wakaf Enclave T dari Majlis Perbandaran Nilai, surat pengesahan penghantaran dengan nombor rujukan juga ada diterima pada tarikh 07/03/2011, no. daftar : 3256 atau 0502/2011/02/I/B/008.

2- En. Aris dan En Safie mencadangkan jika tiada tindakan di ambil oleh MPN sehingga ke hari ini maka aduan tersebut perlulah dipanjangkan ke Biro Aduan Awam. Jika dalam masa dua minggu ini keadaan masih sama dan masih tiada tindakan dari pihak MPN maka mesyuarat memohon jasa baik En. Asri untuk membuat pendawaian yang kukuh mengikut spesifikasi serta piawaian terkini untuk menyediakan lampu serta menggantikan alat siren kecemasan yang tidak berfungsi di wakaf Enclave T. Jika ada kos penyelenggaraan/pembaikan bolehlah dipohon dari En. Yazir selaku Bendahari di Enclave T.


HARI KELUARGA


1- Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk menganjurkan hari keluarga bagi Enclave T iaitu pada 28 Mei 2011 (Sabtu). Hari keluarga ini akan diadakan di padang Enclave T, bayaran sebanyak RM60.00 bagi satu keluarga dikenakan bagi menampung perbelanjaan bagi hari keluarga tersebut. Hari keluarga ini akan bermula dari sebelah petang dengan dimulakan dengan acara sukaneka bagi ahli keluarga dan kanak-kanak manakala di sebelah malamnya pula akan diadakan jamuan makan.


En. Sahihan selaku ketua AJK Hari Keluarga akan membentangkan butiran-butiran dan aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan sedikit masa lagi.



TABUNGAN


1- Seperti biasa pembayaran RM50.00 sebulan bolehlah dibuat pada En. Yazir, En. Zaidi dan saya sendiri, jika pihak tuan tidak dapat hadir pada mesyuarat bulanan di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.


2- Akaun terkini akan dikeluarkan oleh En. Yazir sedikit masa lagi dan ianya boleh dirujuk di blog http://www.enclave-t.blogspot.com/



KUTIPAN SURAU


Surau Al-Hidayah di Persada Damai ada menganjurkan kutipan bulanan bagi menampung perbelanjaan aktiviti-aktiviti surau termasuk ceramah-ceramah agama dan kelas mengaji. Sukacita dijemput penduduk-penduduk di Enclave T untuk menderma ke tabung surau Al-Hidayah dengan menghubungi Tuan Haji Razali selaku wakil Surau Al-Hidayah.



LAIN-LAIN


1- Mesyuarat dimaklumkan bahawa terdapat banyak anjing-anjing liar berkeliaran diwaktu malam di kawasan Enclave T. Mesyuarat disyorkan untuk menghubungi MPN bagi mengadu masalah ini.


2. Cadangan Haji Razali iaitu untuk menggantikan padang bola di Enclave T dengan kawasan futsal / gelanggang vollyball telah mendapat beberapa cadangan susulan, iaitu:-


a- Cadangan supaya diminta peruntukan untuk membina kawasan permainan futsal dari pihak pengurusan bandar ENSTEK.


b - cadangan supaya dipanjangkan permohonan ini sehingga kepada Kementerian Belia dan Sukan.




No comments: