Thursday, December 1, 2011

Notis Mesyuarat Enclave T - 02hb Disember 2011

Kepada Penduduk Enclave-T,

Satu mesyuarat bulanan bagi penduduk Enclave T akan diadakan seperti berikut :-


Tarikh : 02hb Disember 2011 (Jumaat)

Masa : 10.00 p.m.

Tempat : Wakaf, Enclave T

Agenda :

1- Mesyuarat Penduduk Encl. T
- Kutipan bulanan bagi Pengawal Keselamatan
- Maklumbalas dari penduduk Encl.T
- Kutipan derma surau
- Keselamatan penduduk

2- Perkara-Perkara Berbangkit
3- Jamuan Ringan
4- Bersurai


Segala kerjasama, sokongan dan kehadiran dari pihak tuan, diucapkan ribuan terima kasih.

Yang benar,
Bazlan

Minit Mesyuarat Enclave T - 28hb Oktober 2011

MINIT MESYUARAT ENCLAVE T - Bil. 6/11



PENDAHULUAN

Alhamdulillah dan terima kasih kepada penduduk di Enclave T yang dapat meluangkan masa untuk hadir pada mesyuarat penduduk kali ini.

PENGAWAL KESELAMATAN

1- Penduduk di Enclave T di rayu untuk membayar yuran bulanan sekuriti yang telah mula dikutip bermula dari bulan Mac 2011. Mesyuarat memohon kerjasama dari penduduk-penduduk Enclave T termasuk kepada penyewa-penyewa untuk membayar yuran sekuriti semoga sumbangan kita yang kecil ini dapat mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku dikawasan kediaman Enclave T.

2- Bayaran yuran bulanan ini masih kekal pada kadar lama iaitu RM50.00 sebulan. Di harap penduduk-penduduk tidak melenggahkan pembayaran kerana ianya akan terkumpul dan akan menjadi bebanan pula di kemudian hari.

TABUNGAN

1- Seperti biasa pembayaran sekuriti RM50.00 sebulan bolehlah dibuat pada En. Yazir, En. Zaidi dan saya sendiri, jika pihak tuan tidak dapat hadir pada mesyuarat bulanan di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

2- Akaun terkini dikeluarkan oleh En. Yazir secara berkala dan ianya boleh dirujuk di blog http://www.enclave-t.blogspot.com/


KUTIPAN SURAU

Surau Al-Hidayah di Persada Damai ada menganjurkan kutipan bulanan bagi menampung perbelanjaan aktiviti-aktiviti surau termasuk ceramah-ceramah agama dan kelas mengaji. Sukacita dijemput penduduk-penduduk di Enclave T untuk menderma ke tabung surau Al-Hidayah dengan menghubungi Tuan Haji Razali, No. Rumah 8-T, selaku wakil Surau Al-Hidayah.

DIALOG BERSAMA PENGURUSAN ZEMART

Mesyuarat merasakan bahawa dialog bersama pengurusan Zemart pada hal-hal yang disenaraikan pada minit bil : 04/11 tidak dapat dilaksanakan memandangkan hal yang sebegini sepatutnya dibawa oleh pihak persatuan yang mewakili suara majoriti. Manakala keadaan persatuan yang semua telah sedia maklum dianggap sebagai tidak aktif lagi. Satu usaha lain perlulah dibuat agar perkara-perkara yang menjadi kepentingan bersama boleh diatasi untuk kepentingan dan keselesaan penduduk di Enclave T.

GOTONG – ROYONG

Majlis gotong–royong di tangguhkan buat sementara waktu memandangkan cuaca yang sudah memasuki musim tengkujuh dimana hujan turun hampir setiap hari. Satu tarikh baru akan diberitahu kelak.

LAIN-LAIN

1- Tuan Haji memaklumkan bahawa tong sampah di Enclave T perlulah diganti baru kerana sudah rosak teruk dan tidak boleh digunakan lagi.

2- Cadangan Haji Razali iaitu untuk menggantikan padang bola di Enclave T dengan kawasan futsal / gelanggang vollyball telah mendapat beberapa cadangan susulan, iaitu:-

a- Cadangan supaya diminta peruntukan untuk membina kawasan permainan futsal dari pihak pengurusan bandar ENSTEK.
b- Cadangan supaya dipanjangkan permohonan ini sehingga kepada Kementerian Belia dan Sukan.
c- Cadangan untuk memohon peruntukan dari MPN untuk dibuat lapangan FUTSAL. Satu dialog bersama MPN akan diusahakan oleh En. Hamsani.


Thursday, October 27, 2011

Notis Mesyuarat Enclave T - 28/10/2011

Kepada Penduduk Enclave-T,

Satu mesyuarat bagi penduduk Enclave T akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh : 28hb Oktober 2011 (Jumaat)

Masa : 10.00 p.m.

Tempat : Wakaf, Enclave T

Agenda :
1- Mesyuarat Penduduk Encl.T
- Kutipan bulanan bagi Pengawal Keselamatan
- Maklumbalas dari penduduk Encl.T
- Kutipan derma surau
- Keselamatan penduduk
2- Perkara-Perkara Berbangkit
3- Jamuan Ringan
4- Bersurai

Segala kerjasama, sokongan dan kehadiran dari pihak tuan, diucapkan ribuan terima kasih.

Yang benar,
Bazlan

Monday, October 3, 2011

Jamuan Hari Raya 2011 - 16 September 2011

Assalamualaikum,


Alhamdulillah, akhirnya satu majlis sambutan hari raya yang julung-julung kalinya untuk Enclave T berjaya diadakan pada 16 September 2011. Pada setiap tahun penduduk Enclave T bercita-cita untuk menjayakan majlis hari rayanya sendiri tetapi tidak pernah menjadi realiti, hanya pada tahun ini sahaja ianya menjadi kenyataan.


Majlis yang cukup ringkas diadakan disebelah malam dimana jamuan diadakan secara 'pot luck' setiap keluarga disarankan untuk membawa satu jenis jamuan makanan bagi kira-kira 2-3 orang sahaja.


Akhirkata, harapan penduduk agar acara sambutan hari raya sebegini dapat diadakan pada setiap tahun, agar silaturrahim di kalangan penduduk menjadi semakin erat, insyaAllah.


Sekian terima kasih
































































Friday, August 26, 2011

Notis Mesyuarat Enclave T - 26hb Ogos 2011

Kepada Penduduk Enclave-T,

Satu mesyuarat bagi penduduk Enclave T akan diadakan seperti berikut :-


Tarikh : 26hb Ogos 2011 (Jumaat)

Masa : 10.00 p.m.

Tempat : Wakaf, Enclave T

Agenda :


1- Mesyuarat Penduduk Encl.T
- Kutipan bulanan bagi Pengawal Keselamatan
- Maklumbalas dari penduduk Encl.T
- Kutipan derma surau
- Keselamatan penduduk
2- Perkara-Perkara Berbangkit
3- Jamuan Ringan
4- Bersurai

Segala kerjasama, sokongan dan kehadiran dari pihak tuan, diucapkan ribuan terima kasih.

Yang benar,
Bazlan






Sunday, August 21, 2011

Penyata Akaun Enclave T - 17 Ogos 2011

Assalamualaikum,


Sila semak akaun yang dikemaskini sehingga 17 Ogos 2011. Jika ada sebarang kesilapan sila maklumkan pada En. Yazir dengan kadar segera.

Pembayaran duit pengawal keselamatan boleh di bayar terus semasa mesyuarat bulanan yang di adakan setiap bulan atau jika tidak kesempatan bolehlah di bayar terus kepada En. Yazir, no rumah 27 T atau pada saya sendiri di 36-T.

Terima kasih.

Bazlan.













Wednesday, August 10, 2011

Pengawal Keselamatan di Enclave T - II




  • Pengawal Keselamatan yang baru dilantik ini bernama En. Ismail.


  • No H/P beliau ialah 012-3478550


  • Beliau menjaga soal keselamatan di Enclave T, waktu bertugas adalah dari pukul 10.00 p.m. - 6.00 a.m.


  • Beliau mula bertugas dari bulan Mac 2011.


  • Sila telefon En. Ismail, jika ada sebarang masalah keselamatan.

Sekian









Sunday, July 24, 2011

Notis Mesyuarat Enclave T - 29hb Julai 2011

Kepada Penduduk Enclave-T,

Satu mesyuarat bagi penduduk Enclave T akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh : 29hb Julai 2011 (Jumaat)

Masa : 10.00 p.m.

Tempat : Wakaf, Enclave T

Agenda :
1- Mesyuarat Penduduk Encl.T
- Kutipan bulanan bagi Pengawal Keselamatan
- Maklumbalas dari penduduk Encl.T
- Kutipan dari rumah ke rumah
- Keselamatan penduduk
2- Perkara-Perkara Berbangkit
3- Jamuan Ringan
4- Bersurai

Segala kerjasama, sokongan dan kehadiran dari pihak tuan, diucapkan ribuan terima kasih.

Yang benar,
Bazlan

Tuesday, July 19, 2011