Sunday, March 14, 2010

Minit Mesyuarat - 25hb Februari 2010

MINIT MESYUARAT ENCLAVE T - 25hb FEBRUARI 2010 (Bil. 1/10)


PENDAHULUAN

Alhamdulillah dan terima kasih kepada penduduk di Enclave T yang dapat meluangkan masa dan seterusnya hadir pada mesyuarat pada kali ini. Terima kasih juga diucapkan kepada beberapa penduduk yang telah memaklumkan ketidakhadiran mereka di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

AKTIVITI

1- Mesyuarat bersetuju untuk mengadakan hari keluarga bagi Enclave T yang telah lama tertangguh. Satu tarikh yang difikirkan sesuai akan dipilih dan majlis tersebut seperti biasa akan diadakan pada hari sabtu pada sedikit masa lagi. Agenda dan aktiviti bagi hari keluarga tersebut akan di bentangkan oleh biro-biro yang berkaitan.

2- Mesyuarat juga bersetuju untuk mengadakan majlis gotong-royong pada waktu yang terdekat ini bagi membersihkan kawasan di Enclave T. Seperti biasa satu surat permohonan akan disediakan bagi memohon kekenaran daripada MPN untuk menghantar satu tong sampah ke Enclave T.

3- Mesyuarat bersetuju untuk menggantikan alat siren kecemasan yang tidak berfungsi di wakaf Enclave T. En. Asri Loke akan membantu bagi menggantikannya dan jika ada kos penyelenggaraan/pembaikan bolehlah dipohon dari En. Yazir selaku Bendahari di Enclave T.


TABUNGAN

1- En. Yazir membentangkan akaun Enclave T untuk disemak bersama dan segala kesilapan pada maklumat pembayaran harap dimaklumkan kepadanya, supaya pembetulan dapat dilakukan.

2- Seperti biasa pembayaran RM50.00 sebulan bolehlah dibuat pada En. Yazir, En. Zaidi dan saya sendiri, jika pihak tuan tidak dapat hadir pada mesyuarat bulanan di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

3- Pihak tuan boleh menyemak penyata Enclave T yang terkini di :
http://enclave-t.blogspot.com/2010/03/penyata-akaun-enclave-t-25hb-februari.html

LAIN-LAIN

1- Mesyuarat memohon kerjasama dari pada kalangan penduduk untuk mengingatkan anak-anak di Enclave T agar dapat menjaga bersama keselamatan harta benda dan juga kebersihan di kawasan padang Enclave T dan disekitarnya.

2. Mesyuarat ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Tuan Haji. Razali yang sentiasa bermurah hati menjaga kebersihan padang di Enclave T, semoga usaha dan tauladan yang ditunjukkan oleh tuan haji dapat kita bersama-sama contohi dan praktikkan bersama.

3- Mesyuarat juga diperkenalkan kepada jiran yang baru berpindah di Enclave T iaitu En. Syafie dan keluarga di rumah 5T dan juga kepada En. Amir dan rakan-rakan di rumah 19T dengan ucapan selamat datang ke pangkuan keluarga Enclave T.

Sekian terima kasih

Disediakan oleh :
BAZLAN

No comments: