MINIT MESYUARAT ENCLAVE T - 24HB DISEMBER 2009 (Bil. 7/09)
ASSALAMUALAIKUM
Alhamdulillah dan terima kasih kepada penduduk yang hadir pada mesyuarat pada kali ini. Kehadiran pihak tuan ke mesyuarat ini adalah amat membanggakan, ini menunjukkan sokongan pihak tuan yang tidak berbelah bahagi untuk kemakmuran dan keselamatan Enclave T.
Mesyuarat kali ini juga adalah mesyuarat yang terakhir pada tahun 2009 ini. Disepanjang tahun ini juga Enclave T berkesempatan untuk mengadakan majlis gotong-royong yang telah diadakan pada 8hb Februari 2009 dan juga majlis korban Aidiladha yang ditaja oleh Tuan Haji Din yang diadakan baru-baru ini.
HARI KELUARGA
Mesyuarat menangguhkan perbincangan mengenai hari keluarga Enclave T pada mesyuarat yang akan datang memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu pada bulan Disember ini.
TABUNGAN
1- Alhamdulillah, En. Yazir memaklumkan bahawa kutipan bulanan setakat ini meningkat sedikit dan baki yang ada berkemampuan untuk dibawa ketahun hadapan.
2- Untuk makluman pihak tuan, pengawal keselamatan di Enclave T ini telah berjaya diwujudkan selama dua (2) tahun. Tahniah di ucapkan kepada seluruh warga Enclave T kerana berjaya memberikan kerjasama disepanjang perkhidmatan pengawal keselamatan ini.
3- En. Yazir memaklumkan bahawa bayaran sekuriti bagi bulan November 2009 perlulah dipotong memandangkan pihak sekuriti Redza tidak menggantikan dengan pengawal yang lain semasa En. Faizan bercuti.
4- Seperti biasa pembayaran RM50.00 sebulan bolehlah dibuat pada En. Yazir, En. Zaidi dan saya sendiri.
5- Pihak tuan boleh menyemak penyata Enclave T yang terkini di :
http://enclave-t.blogspot.com/2010/01/penyata-akaun-enclave-t-05012010.html
LAIN-LAIN
1- Mesyuarat kali ini juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada En. Azrin dan keluarga yang akan berpindah dari Enclave T. Sepanjang mengenali En. Azrin selama beberapa tahun di Enclave T, beliau adalah seorang yang ramah, merendah diri dan sentiasa memberikan komitmen yang tinggi bagi apa jua aktiviti yang dijalankan di Enclave T. Kami penduduk Enclave T amat merasakan kehilangan seorang kawan dan jiran yang begitu baik.
2- Patah tumbuh, hilang berganti, di mesyuarat ini juga kami di Enclave T diperkenalkan kepada jiran yang baru sahaja berpindak kerumah bernombor 37 T, iaitu En. Baba. Kami mengucapkan selamat datang ke pangkuan keluarga Enclave T untuk En. Baba sekeluarga.
Mesyuarat merakamkan ribuan terima kasih kepada penduduk yang hadir.
Sekian terima kasih
Disediakan oleh :
BAZLAN
Wednesday, January 6, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment