Sunday, October 24, 2010

Gotong-Royong 2010

Assalamualaikum,

Terima kasih pada penduduk-penduduk Enclave T yang telah memberikan sambutan yang hebat pada gotong-royong yang diadakan pada 23 Oktober 2010 (Sabtu). Terima kasih kepada semua penduduk yang terlibat termasuk anak-anak penduduk Enclave T yang telah menunjukkan keazaman untuk bersama-sama membersihkan kawasan persekitaran di Enclave T. Terima kasih juga kepada kaum ibu yang telah bersama-sama menyediakan jamuan ringkas yang berupa potluck dan pelbagai jenis minuman.

Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Sekian
Bazlan



Zul ( jiran baru, yg gantikan Rashidi ) & Shahrul...

ishh...sapa pi tgkp gambaq hero nihh...
.
.
yazir ...... rumput pun tarikk.....


yazir tgh beri taklimat mcmana mau bakaq tampa asap....hahaha...


cubaan membakar ..........


yg depan skali artis ............


ini org kuat Enclave T.....Hj. Razali,.....pagi2 dah start mesin potong rumput......


anak2 Nazri............


anak2 Enclave T........



tokey zaidi bawak sabit pokok kurma...hehehe


Hj. Sapee dan Hj. Din......kena candid....


ishhh....baik2 hamsani....hang kalau cedera susah S'gorr nnt...


yan too phat....hehehe


aktiviti terakhir Mahzan di Enclave T........ bagus mahzan ni , begitu komited. Tak pa zann InsyaAllah kita jumpa lagi nanti.... bila dah pindah nanti jenguk2 la kami disini..........

Amir dan Hj. Razali.....


anak Nazri dan anak Bakar.....


anak Nazri dan anak Yan .........


danish & haikal......


adam mewakilkan ayahnya ...zul yg bertugas.....



wahhh....banyak pot luck.....


nasib baik ada hero dua org ni....samsuddin & hamsani.....

aikk... sapa candid aku tgh makan dgn too phat nihh.....


Shahrul dan too phat....



makan yann ......tak pa ....penat bak angggg......


future generation...... one day sure they will remember this moment and hope that they will continue the good relationship between them ..........

anak2 Enclave T ...... bagus2 semua tolong sama2......



macam2 jenis makanan ada ....baguihhhhh x3 .....hangpa semua mmg baguihhh......


aku suka tgk too phat....hehehe


Hj. Din.... baru join Zaidi....geng alpard bak angg......


ni anak yan & zul, kalau tak silap ......


for the album 2010 .... meriah x2 mmg meriah tahniah semua..........


Saturday, August 28, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan & Syawal




Assalamualaikum kepada Penduduk Enclave T,

Selamat berpuasa dan selamat menyambut bulan syawal.

Sudah lama saya tidak sempat nak kemaskini blog ini di atas kesuntukan masa dan bebanan tugas seharian, tapi walaubagaimana saya masih update isu2 terkini kepada beberapa penduduk Enclave T melalui SMS dan e-mail.


Pengawal Keselamatan

Pengawal keselamatan di Enclave T, yang telah tamat pada bulan Mac/April 2010 yang lalu selepas beroperasi selama 2 tahun. Walaupun cuba untuk dicari pengganti melalui syarikat yang sama, tapi Redza sekuriti nampaknya tidak berminat untuk menyambung. Pihak kami juga telah menghubungi 1-2 syarikat pengawal keselamatan, tetapi bayaran yang diminta terlalu tinggi sekitar RM1500 - RM2000 sebulan.

Oleh daripada itu, pihak kami tangguhkan dulu buat sementara waktu isu pengawal keselamatan ini dan InysaAllah kita akan bincang semula di mesyuarat yang akan datang.

Lampu Jalan
'
Terima kasih kepada beberapa penduduk di Enlave T yang tidak henti-henti membuan aduan dan laporan kerosakan samada kepada pihak majlis Nilai dan juga pihak TNB Nilai. Setelah dua bulan Enclave T bergelap akhirnya terang juga, cuma masalah kami ialah lampu di wakaf yang telah dipotong oleh pihak majlis.

Kebersihan
'
Diharap para ibubapa dapat mengawasi anak-anak kita yang bermain dipadang supaya membuang sampah di dalam tong sampah yang disediakan dan hendaklah sentiasa menjaga kebersihan persekitaran. Para ibubapa juga diingatkan supaya mengingatkan anak2 kita supaya menjaga dengan baik peralatan mainan di padang dan jangan dirosakkan (vandalism) dengan sewenang2nya.

Kebersihan parit disekeliling Enclave T masih ditahap lama, pihak majlis Nilai tidak mengambil inisiatif untuk membersihkan parit2 yang pada ketika ini ada banyak lokasi yang tersumbat. Parit yang tersumbat ini secara tidak langsung menakung air hujan yang tidak mengalir dan akhirnya pembiakan nyamuk Aides menjadi semakin ketara di kebelakangan ini.

Sukan

Untuk pengetahuan penduduk Enclave T, Ungku Aziz dari Enclave U, ada memberitahu saya bahawa sukan kegemaran ramai di kalangan para bapa-bapa iaitu badminton akan diadakan semula selepas bulan syawal dan kemungkinan besar satu team futsal dewasa bagi Persada Kasih juga akan ditubuhkan sama juga iaitu selepas bulan syawal. Untuk permulaan Pak Ungku sudi untuk menaja perlawanan sulung Futsal dewasa, tempat, tarikh dan masa akan diberitahu kelak.


Sekian terima kasih.

Tuesday, March 30, 2010

Notis Mesyuarat Enclave T - 02hb April 2010

Kepada Penduduk Enclave-T,

Satu mesyuarat bagi penduduk Enclave T akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh :
02hb April 2010 (Jumaat)

Masa :
10.00 p.m.

Agenda :

1- Berkumpul di Wakaf Enclave-T
2- Mesyuarat Penduduk Encl.T
- Kutipan bulanan bagi Pengawal Keselamatan
- Maklumbalas dari penduduk Encl.T
- Keselamatan penduduk
3- Berkenalan dengan penduduk yang baru berpindah.
4- Gotong-royong / Jamuan penduduk
5- Jamuan Ringan
6- Bersurai

Segala kerjasama, sokongan dan kehadiran dari pihak tuan, diucapkan ribuan terima kasih.

Yang benar,
Bazlan

Sunday, March 14, 2010

Penyata Akaun Enclave T - 25hb Februari 2010

Assalamualaikum,

Sila semak penyata yang diselenggara pada 25hb Februari 2010, kepada yang belum sempat untuk membuat pembayaran sila usahakannya dengan seberapa segera.

Penyata akaun ini, disediakan dan diselenggarakan oleh bendahari Enclave T iaitu En. Yazir dan disemak oleh En. Zaidi.

Sila klik pada imej untuk pembesaran.

Sekian Terima Kasih






Minit Mesyuarat - 25hb Februari 2010

MINIT MESYUARAT ENCLAVE T - 25hb FEBRUARI 2010 (Bil. 1/10)


PENDAHULUAN

Alhamdulillah dan terima kasih kepada penduduk di Enclave T yang dapat meluangkan masa dan seterusnya hadir pada mesyuarat pada kali ini. Terima kasih juga diucapkan kepada beberapa penduduk yang telah memaklumkan ketidakhadiran mereka di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

AKTIVITI

1- Mesyuarat bersetuju untuk mengadakan hari keluarga bagi Enclave T yang telah lama tertangguh. Satu tarikh yang difikirkan sesuai akan dipilih dan majlis tersebut seperti biasa akan diadakan pada hari sabtu pada sedikit masa lagi. Agenda dan aktiviti bagi hari keluarga tersebut akan di bentangkan oleh biro-biro yang berkaitan.

2- Mesyuarat juga bersetuju untuk mengadakan majlis gotong-royong pada waktu yang terdekat ini bagi membersihkan kawasan di Enclave T. Seperti biasa satu surat permohonan akan disediakan bagi memohon kekenaran daripada MPN untuk menghantar satu tong sampah ke Enclave T.

3- Mesyuarat bersetuju untuk menggantikan alat siren kecemasan yang tidak berfungsi di wakaf Enclave T. En. Asri Loke akan membantu bagi menggantikannya dan jika ada kos penyelenggaraan/pembaikan bolehlah dipohon dari En. Yazir selaku Bendahari di Enclave T.


TABUNGAN

1- En. Yazir membentangkan akaun Enclave T untuk disemak bersama dan segala kesilapan pada maklumat pembayaran harap dimaklumkan kepadanya, supaya pembetulan dapat dilakukan.

2- Seperti biasa pembayaran RM50.00 sebulan bolehlah dibuat pada En. Yazir, En. Zaidi dan saya sendiri, jika pihak tuan tidak dapat hadir pada mesyuarat bulanan di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

3- Pihak tuan boleh menyemak penyata Enclave T yang terkini di :
http://enclave-t.blogspot.com/2010/03/penyata-akaun-enclave-t-25hb-februari.html

LAIN-LAIN

1- Mesyuarat memohon kerjasama dari pada kalangan penduduk untuk mengingatkan anak-anak di Enclave T agar dapat menjaga bersama keselamatan harta benda dan juga kebersihan di kawasan padang Enclave T dan disekitarnya.

2. Mesyuarat ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Tuan Haji. Razali yang sentiasa bermurah hati menjaga kebersihan padang di Enclave T, semoga usaha dan tauladan yang ditunjukkan oleh tuan haji dapat kita bersama-sama contohi dan praktikkan bersama.

3- Mesyuarat juga diperkenalkan kepada jiran yang baru berpindah di Enclave T iaitu En. Syafie dan keluarga di rumah 5T dan juga kepada En. Amir dan rakan-rakan di rumah 19T dengan ucapan selamat datang ke pangkuan keluarga Enclave T.

Sekian terima kasih

Disediakan oleh :
BAZLAN

Notis Mesyarat Enclave T - 25hb Februari 2010

Kepada Penduduk Enclave-T,

Satu mesyuarat bagi penduduk Enclave T akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh :
25hb Februari 2010 (Khamis)
11 Rabiulawal 1431H

Masa :
10.00 p.m.

Agenda :

1- Berkumpul di Wakaf Enclave-T
2- Mesyuarat Penduduk Encl.T
- Kutipan bulanan bagi Pengawal Keselamatan
- Maklumbalas dari penduduk Encl.T
- Keselamatan penduduk
3- Berkenalan dengan penduduk yang baru berpindah.
4- Perkara-Perkara Berbangkit
5- Jamuan Ringan
6- Bersurai

Segala kerjasama, sokongan dan kehadiran dari pihak tuan, diucapkan ribuan terima kasih.

Yang benar,
Bazlan

Friday, February 19, 2010

ADUAN KEROSAKAN - 20 FEBRUARI 2010

Berikut adalah jawapan yang kami terima dari pihak Enstek.

Terima kasih kami ucapkan.

-------------------------------------------------------------------------

From: Mastura A
Sent: Wednesday, February 24, 2010 4:34 PM
To: Norbazlan Bin Mohd Yusof
Cc: Syamsul Anuar; Nadzri
Subject: Aduan Kerosakan-20 Februari 2010

Salam En. Norbazlan.

Terima kasih kerana menghantar email ini terus kepada pihak kami.

Untuk makluman, En. Norbazlan bolehlah membuat aduan berhubung perkara di atas terus kepada pihak berkuasa tempatan contohnya Majlis Perbandaran Nilai yang mempunyai jabatan-jabatan khusus seperti Jabatan Kejuruteraan , Jabatan Perancang dan lanskap untuk kerja-kerja pembaikan kerosakan-kerosakan yang dilaporkan. Pihak Majlis Perbandaran Nilai boleh dihubungi di talian 06-7996200. Walaubagaimanapun pihak kami telah mematikan arus elektrik pada tiang lampu yang telah patah tersebut bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Sekian terima kasih.

Best regards,
Mastura Awang
Executive Customer Care
TH PROPERTIES SDN BHD
Pulse@enstek, No.1, Lebuh Enstek, 71760 Bandar Enstek
Negeri Sembilan
Tel: +06.798.9777 Fax: +606.798.9778

-------------------------------------------------------------------------

Salam kepada pihak Enstek
(Perhatian : En. Nadzri)

Berikut adalah senarai gambar yang di rakam di Enclave T pada 20 Februari 2010. Kami penduduk di Enclave T amat berharap agar kerosakan berikut dapat diperbaiki dengan kadar yang segera.

Kerjasama dari pihak tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Bazlan.



Buaian ini digunakan oleh seluruh anak-anak di Persada Kasih. Keadaannya selepas hampir 6 tahun digunakan adalah menyedihkan. Ketiga-tiga
buaian telah lama putus dan tidak boleh digunakan lagi.


Bumbung di wakaf Enclave T , telah banyak yang pecah dan jatuh dengan sendirinya ke tanah. Jika ianya tidak dibaiki dengan segera maka kayu yang menyokong genting juga tidak mampu bertahan lama.

Konkrit di lantai buaian yang menyokong 'rubber mat' telah rosak
teruk hanya setelah 6 tahun digunakan.


Keadaan lampu di padang Enclave T yang tumbang kali kedua setelah dibaiki kira-kira 2 tahun yang lalu oleh Enstek. Wayar yang terkeluar dan terdapat arus elektrik berkuasa tinggi ini amat merbahaya bagi kanak-kanak yang banyak bermain di waktu petang di padang.


Pintu bekalan elektrik di Enclave T ini tidak berkunci dan boleh
dibuka bila-bila masa oleh kanak-kanak.


Signboard Enclave T telah dirosakkan dengan di cat 'U', ini menyusahkan saudara - mara dan rakan taulan yang datang menziarah.



Longkang konkrit di depan rumah yang pecah tidak sampai 6 tahun diduduki.


Lagi longkang konkrit yang tidak ditutup dengan sempurna.


Keadaan Wakaf di Enclave T yang uzur.


Keadaan cat yang luntur dan terhakis.

Penyata Akaun Enclave T 10/02/2010

Assalamualaikum,

Sila semak penyata yang diselenggara pada 10hb Februari 2010, kepada yang belum sempat untuk membuat pembayaran sila usahakannya dengan seberapa segera.

Penyata akaun ini, disediakan dan diselenggarakan oleh bendahari Enclave T iaitu En. Yazir dan disemak oleh En. Zaidi.

Sila klik pada imej untuk pembesaran.

Sekian Terima Kasih

Penyata 2007 / 2008

Penyata 2009

Penyata 2010


Perbelanjaan Enclave T