Monday, August 24, 2009

Minit Mesyuarat Enclave T - 31Julai & 26 Jun 2009

Nota:

Maaf kawan-kawan semua sebab dah lama tak update blog ini. Tuntutan dan bebanan kerja yang banyak yang menyebabkan saya tidak sempat untuk upload notis mesyuarat 05/09 dan notis mesyuarat 06/09.

Tapi disini saya sediakan serba sedikit perkara-perkara yang dibincangkan di dua mesyuarat berikut.

Terima kasih.



MINIT MESYUARAT ENCLAVE T - 31 July & 26 Jun 2009 (Bil. 5&6/09)
http://enclave-t.blogspot.com


ASSALAMUALAIKUM,

Minit ini merujuk kepada mesyuarat yang diadakan pada 31hb July dan 26 Jun 2009.

Alhamdulillah dan terima kasih kepada penduduk yang hadir pada kedua-dua mesyuarat tersebut dan terima kasih juga kepada beberapa penduduk yang sempat memaklumkan kepada saya ketidakhadiran beliau diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.


HARI KELUARGA

Mesyuarat yang diadakan pada 26 Jun 2009 yang lalu telah bersetuju untuk menangguhkan hari keluarga Enclave T kepada satu tarikh yang dikira sesuai dan akan ditetapkan kelak. Mesyuarat juga bersetuju untuk memberi kebebasan kepada pihak urusetia untuk memilih lokasi, tempat, aturcara, jamuan yang dikira bersesuaian dengan peruntukan.

Cadangan :

1- En. Asri memberikan cadangan alternatif, kiranya berlaku kerumitan lagi dari soal tarikh dan tempat, beliau mencadangkan untuk dibuat majlis BBQ di Enclave T seperti tahun lepas.
2- En. Sahihan mencadangkan diberi peluang kepada pihak urusetia untuk mengendalikan hari keluarga ini memandangkan tarikh yang masih jauh lagi kira-kira dalam bulan November 2009.

Mesyuarat bersetuju menerima kedua-dua cadangan dan akan di bawa berbincang lagi di mesyuarat yang akan datang.


TABUNGAN

1- En. Yazir memaklumkan bahawa kutipan bulanan bagi Enclave T berkurangan sejak kebelakangan ini dan di mohon agar penduduk-penduduk menyegerakan pembayaran.

2- Mengikut kemampuan akaun, pembayaran bagi Pengawal Keselamatan hanya mampu bertahan sekurang-kurangnnya sebulan setengah sahaja jika dikira dari pembayaran berakhir pada 31 Julai 2009.

3- En. Yazir memaklumkan bahawa pembayaran pengawal keselamatan bagi bulan Mei dan Jun 2009 masih belum dibayar lagi memandangkan invois belum dikemukakan lagi oleh pihak syarikat.

4 - En. Faizan (Pengawal Keselamatan) memaklumkan bahawa ketua pengawal bagi kawasan Sepang telah pun meletakkan jawatan, oleh daripada itu invois dari pihak syarikat agak sukar untuk dikeluarkan walaupun beliau telah menalifon pihak syarikat berkali-kali.

5- Kutipan bulanan bagi pengawal keselamatan amat perlu disegerakan memandangkan kita akan berhadapan dengan bulan Syawal dimana kita memerlukan pengawal keselamatan bagi sebelah malam dan siang hari.

6- Seperti biasa pembayaran RM50.00 sebulan bolehlah dibuat pada En. Yazir, En. Zaidi dan saya sendiri. Sila semak penyata pembayaran di laman blog yang disediakan.

Mesyuarat merakamkan ribuan terima kasih kepada penduduk yang hadir.


- SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN -



Sekian terima kasih

Disediakan oleh
BAZLAN

No comments: