Sunday, June 21, 2009

Minit Mesyuarat Enclave T - 29hb Mei 2009

MINIT MESYUARAT ENCLAVE T – 29 Mei 2009 (Bil. 5/09)
http://enclave-t.blogspot.com/



ASSALAMUALAIKUM,

Minit ini merujuk kepada mesyuarat yang diadakan pada 29hb Mei 2009 dan 6hb Jun 2009.

Alhamdulillah dan terima kasih kepada yang hadir pada mesyuarat kali ini iaitu En. Mahzan, En. Azrin, Tn.Hj. Razali, En. Asri, En. Yazir, En. Zaidi, En. Samsuddin, Tuan Hj. Din, En. Amir, En. Zulkiffli, Tengku Ahmad, En. Othman, En. Sahihan, En. Suhaimi, En. Shahrul dan saya sendiri.

Terima kasih juga kepada beberapa penduduk yang sempat memaklumkan kepada saya ketidakhadiran beliau diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.


HARI KELUARGA

1- Seramai 12 buah keluarga telah memberikan persetujuan untuk hadir bersama-sama menjayakan hari keluarga Enclave T iaitu :-

a- Hj. Din
b- En. Shamsuddin
c- En. Zaidi
d- En. Yazir
e- En. Sahihan
f- En. Asri
g- En. Shahrul
h- Tuan Hj. Razali
i- En. Azrin
j- En. Mahzan
k- En. Noh
l- Bazlan

2- Dukacita ingin dimaklumkan bahawa hari keluarga Enclave T yang julung-julung kalinya yang akan diadakan pada 27-28 Jun 2009 terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh lain di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

3- Pihak urusetia memohon beribu kemaafan kerana acara yang menjadi kemuncak dan sebegitu dinanti-nantikan ini terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh yang lain yang akan dimaklumkan kelak. Kita sedia maklum bahawa pihak urusetia juga telah berusaha sedaya upaya mereka untuk menjayakan acara ini pada tarikh yang dipersetujui sebelum ini tetapi apakan daya takdir jua yang menentukan segalanya.

4- Tapi walaubagaimana pun ini juga merupakan berita gembira kepada sahabat-sahabat kita yang lain yang tidak berkesempatan / menarik diri disaat-saat akhir kerana komitmen kerja dan sebagainya untuk mengambil peluang kedua ini untuk kita bersama-sama menjayakan hari keluarga yang julung-julung kalinya diadakan.

5- Pihak urusetia akan menimbang lokasi yang lain dengan mengambil kira sukaneka dan jamuan BBQ mestilah menjadi keutamaan di dalam agenda.

6- Pihak urusetia juga cuba untuk memilih tarikh lain yang dikira bersesuaian dengan mengambil kira anak-anak di Enclave T ini yang rata-ratanya masih bersekolah agar ianya tidak bertembung dengan aturcara persekolahan dan besar kemungkinan akan diadakan didalam bulan Julai 2009 atau pun selewat-lewatnya pada bulan November 2009.

7- Lokasi seperti berikut masih didalam perhatian pihak urusetia, mengambil kira dua factor yang utama iaitu kemudahan yang ditawarkan dan harga yang berpatutan :-

a- Felda Residence Trolak, Sg. Perak
b- Felda Residence Tekam, Jerantut Pahang
c- Felda Hotspring Sungkai Perak
d- Serai d’lanjut, Rompin
e- Summerset, Rompin


TABUNGAN

1- En. Yazir memaklumkan bahawa kutipan agak berkurangan sejak kebelakangan ini dan di mohon agar penduduk-penduduk menyegerakan pembayaran.

2- Sila semak penyata akaun dari masa ke semasa dilaman blog serta boleh menggunakan ruangan komen dib log untuk membuat semakan pada penyata yang dikeluarkan serta boleh membuat catatan peribadi/remark untuk mengingatkan pihak tuan bahawa penyata ini adalah betul mengikut pembayaran yang pihak tuan telah lakukan.
Oleh daripada itu, jika pihak tuan terlupa akan berapa bulan yang pihak tuan telah membuat bayaran, pihak tuan bolehlah merujuk kepada catatan peribadi pihak tuan sendiri.

3- Seperti biasa pembayaran RM50.00 sebulan bolehlah dibuat pada En. Yazir, En. Zaidi dan saya sendiri. Sila semak penyata pembayaran di laman blog yang disediakan.



PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

1- Mesyuarat dimaklumkan bahawa aktiviti-aktiviti kumpulan pelajar-pelajar luar yang melakukan perkara - perkara yang tidak sihat serta membawa pengaruh negatif di wakaf Enclave T sudah makin berkurangan.

2- Mesyuarat merakamkan ribuan terima kasih kepada para ibubapa yang prihatin dan juga pihak-pihak yang menegur pelajar-pelajar luar ini dari semasa ke semasa.

3- Mesyuarat dimaklumkan bahawa sejak kebelakangan ini terdapat banyak kenderaan yang keluar-masuk ke Enclave T yang dipandu laju dan secara merbahaya dan perkara ini mengundang rasa tidak tenteraman / tidak keselesaan kepada sebahagian besar para ibubapa yang khuathir jika perkara ini tidak ditangani dengan sebaik mungkin kelak akan mengundang padah atau kecelakaan di kemudian hari.

Ini memandangkan anak-anak di Enclave T ini secara puratanya masih kecil dan ditambah pula dengan persekitaran yang tidak berpagar ini sudah tentulah mengundang kebimbangan para ibubapa tentang keselamatan anak-anak mereka bermain di sekitar Enclave T.

Oleh daripada itu, mesyuarat akur dengan kebimbangan yang disuarakan serta bersetuju untuk mengambil langkah pertama menangani masalah ini dengan mengusulkan satu sessi dialog bersama dengan pengetua tadika Iman bertujuan untuk memohon kerjasama bagi penyelesaian jangka pendek dan panjang. Sessi dialog ini bolehlah dilakukan pada bila-bila masa pada hari cuti hujung minggu.

Mesyuarat merakamkan ribuan terima kasih kepada penduduk yang hadir.

Sekian terima kasih



Disediakan oleh
BAZLAN










En Zaidi dan En. Asri , yang sentiasa menunjukkan komitmen yang tinggi pada aktiviti-aktiviti di Enclave T begitu juga dengan rakan-rakan yang lain .......





Ramai pada malam ni ......ada En. Zul, Hj. Din, En. Suhaimi yang akan bertugas di Bali (selamat berlayar), Azrin yang baru touch-down penat bawa k/terbang belum hilang dah join meeting ........ hebat-hebat ...





En. Othman pun baru balik kerja terus join meeting..... tengku ahmad, En. Samsuddin dan bapak bendahari ..... En. Yazir tersenyum riang .... byk masukk kut





Serius kali ni En. Asri memberi penerangan ..... air 2 bekas pun tak cukup ..... penattt becakap....ye tak ya jugakkkk......




En. Shahrul dan En. Amir .......... rumah bila nak siap amirrr...........?? hehe.... lawa tuuu.....



No comments: