Tuesday, April 7, 2009

Minit Mesyuarat Enclave T - 27hb March 2009

MINIT MESYUARAT ENCLAVE T – 27 March 2009
(sila layari di http://enclave-t.blogspot.com)



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah dan terima kasih kepada yang hadir pada mesyuarat kali ini iaitu En. Mahzan, En. Azrin, Tn.Hj. Razali, En. Asri, En. Yan, En. Yazir, En. Zaidi, En. Samsuddin, En. Amir, En. Hasan, En. Rashidy dan saya sendiri.

Terima kasih juga kepada beberapa penduduk yang sempat memaklumkan kepada saya ketidakhadiran beliau diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Mesyuarat juga memohon maaf kerana mesyuarat bulan Februari yang sepatutnya diadakan pada 27 Februari 2009 terpaksa dibatalkan disaat-saat akhir diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Mesyuarat juga mengucapkan selamat datang kepada jiran yang baru berpindah ke Enclave T iaitu En. Hasan (19 T) dan juga En. Amir (6T).


HARI KELUARGA


1- En. Azrin bagi pihak Puan Yani memaklumkan bahawa satu sebut-harga telah pun diperolehi dari pihak Tiara Beach Resort (TBR) pada 20 Februari 2009 yang lalu.

2- Mesyuarat mencadangkan bahawa :-

i- Tarikh yang disyorkan ialah pada 27 - 28 Jun 2009 atau 11 – 12 Julai 2009 (Sabtu dan Ahad)

ii- Satu jawatankuasa kecil perlulah ditubuh untuk menyelaras program hari keluarga ini dimana ianya akan diketuai oleh Puan Yani sendiri.

iii- Jawatankuasa kecil ini akan bermesyuarat dan memutuskan perkara-perkara yang lebih terperinci.

iv- Suka dimaklumkan bahawa kos keseluruhan adalah dianggarkan mengikut bilik yang dipilih.


STUDIO ROOM
(01 Bedroom Apartment)
RM 180.00 nett per unit per night + RM 50.0 (BBQ) + RM 20.0 (sukaneka) = RM 250.00 /keluarga


FAMILY SUITE
(02 Bedroom Apartment)
RM 280.00 nett per unit per night + RM 50.0 (BBQ) + RM 20.0 (sukaneka) = RM 350.00 / keluarga

3- Dimaklumkan bahawa kos RM20.0 dikenakan bagi satu keluarga untuk sukaneka adalah kos untuk membeli hadiah kepada anak-anak di Enclave T yang menyertai acara sukaneka tersebut.

4- Mesyuarat juga mencadangkan agar sukaneka di uruskan oleh AJK sendiri dan tidak perlu menyewa peralatan dari TBR kerana kos dikenakan oleh TBR ialah sebanyak RM20.0/orang untuk 5 jenis permainan dan perlulah menyediakan 30 orang minima.

5- AJK perlulah meminta kebenaran dari pihak TBR untuk menggunakan ruang untuk acara sukaneka itu nanti. Serta memohon kebenaran atau cas yang minima untuk acara volleyball.

6- AJK juga diminta untuk meminta kebenaran menggunakan peralatan untuk BBQ serta ruang untuk berkumpul.

7- Bayaran penuh perlulah dibuat kepada AJK selewat-lewatnya 2 minggu dari tarikh yang ditetapkan nanti.

Aturcara yang dicadangkan adalah seperti berikut :-

Hari Pertama.
01.00 p.m. Bertolak dari Enstek
03.00 p.m. Daftar Masuk
04.00 p.m Acara Hari Keluarga Bermula
- Acara Kanak-Kanak 6 thn / 12 thn/ 15 thn
- Acara pertandingan dewasa/keluarga
- Acara Bola Tampar Lelaki/Wanita/Campuran
8.00 p.m. BBQ

Hari Kedua
08.00 a.m. Acara Bebas
12.00 p.m. Daftar keluar


TABUNGAN

1- En. Yazir memaklumkan bahawa kutipan agak berkurangan sejak kebelakangan ini dan di mohon penduduk-penduduk tidak melenggah-lenggahkan pembayaran.

2- Bayaran ke pihak pengawal agak terlewat sejak kebelakangan ini kerana kelewatan menerima invois, oleh daripada itu pihak pengawal diingatkan supaya mengeluarkan invois selewat-lewatnya pada 1hb bagi setiap bulan.

3- Seperti biasa pembayaran RM50.00 sebulan bolehlah dibuat pada En. Yazir, En. Zaidi dan saya sendiri. Sila semak penyata pembayaran di laman blog yang disediakan.



PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

1- Mesyuarat dimaklumkan bahawa terdapat kumpulan pelajar-pelajar luar yang melakukan perkara yang tidak sihat di wakaf Enclave T sebagai contohnya merokok di waktu malam dan menaiki motosikal secara merbahaya.

2- Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa terdapat segelintir pelajar-pelajar luar yang bermain bola diwaktu petang dengan menendang bola sekuat hati di padang. Ini amatlah merbahaya kepada kanak-kanak yang sama-sama bermain dipadang.

3- Oleh kerana ini adalah masalah bersama di Enclave T maka mesyuarat sebulat suara berpendapat bahawa setiap ibubapa di Enclave T adalah berhak untuk menegur dan menasihati pelajar-pelajar yang bermain di padang agar mengawal tingkah laku dan tidak membawa pengaruh negatif serta keterlaluan dari masa ke semasa.

4- Penduduk-penduduk di Enclave T juga diharap dapat menasihati anak-anak agar berkawan dengan baik sesama rakan-rakan di Enclave T serta menjaga pergaulan dan tingkah-laku.

Mesyuarat merakamkan ribuan terima kasih kepada penduduk yang hadir.

Sekian terima kasih


Disediakan oleh
SR. NORBAZLAN MOHD YUSOF MISM









Ni tiga2 orang kuat Enclave T ....... lebih2 lagi yg serba itam tuh ...... mahzan dan asri steady jeee...



Mari2 bayar ....jgn la berebut2 .............ewahhhh....... sudin balik kerja penat2 terus join meeting...... baguihhh, ensem abg sudin ....



ni kalau aku jentik tengkolok tak jatuh makna kata duit betul nih..... kata zaidi




Licinnnn.............. tima kasih pada yg bawak makan2 mlm tu ............


Ni En. Hasan, 19 T, jiran baru di Enclave T ................... selamat join sannn.....

Ini En. Amir jiran lama tapi baru pindah kekal di Enclave T, pindah dari bekerja di Middle East ke MAS. Selamat datang amirrr ........



No comments: