Thursday, February 5, 2009

Minit Mesyuarat Enclave T - 30 Januari 2009

Minit Mesyuarat Enclave T - 30 Januari 2009
(sila layari di http://enclave-t.blogspot.com)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, terima kasih kepada yang hadir pada mesyuarat kali ini iaitu En. Mahzan, En. Aris, En. Azrin, Tn.Hj. Razali, En. Zul, En. Osman, Tengku Ahmad, En. Asri, En. Yan, En. Yazir, En. Zaidi, En. Samsuddin, Tn.Hj.Din, En. Bakar, pengawal keselamatan - En. Faizan dan saya sendiri.

Ada juga beberapa penduduk yang sempat memaklumkan kepada saya ketidakhadiran beliau diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan iaitu En. Rashidi dan En. Faizul.

Mesyuarat mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh penduduk Enclave T yang terlibat di dalam jamuan akhir tahun yang berjaya diadakan baru-baru ini.


HARI KELUARGA

1- En. Azrin memaklumkan bahawa usaha sedang giat dijalankan untuk mendapatkan senarai sebutharga yang rasmi dari pihak Tiara Beach Resort yang akan merangkumi sebutharga bagi kemudahan bermalam dan juga aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan.

Pada dasarnya hari keluarga bagi Enclave T ini dicadangkan akan diadakan pada bulan 5 atau bulan 6 pada tahun ini dimana anggaran perbelanjaan bagi satu keluarga adalah didalam linkungan RM250.0 – RM300.0 bagi satu keluarga.

Tindakan - En. Azrin

Aturcara yang dicadangkan adalah seperti berikut :-

Hari Pertama.

11.00 a.m. Bertolak dari Enstek
12.00 p.m. Daftar Masuk
02.00 p.m Acara Hari Keluarga Bermula
- Acara Kanak-Kanak 6 thn / 12 thn/ 15 thn
- Acara pertandingan dewasa/keluarga
- Acara Bola Tampar Lelaki/Wanita/Campuran
8.00 p.m. BBQ


Hari Kedua

08.00 a.m. Acara Bebas
12.00 p.m. Daftar keluar


KEBERSIHAN

1- En. Zaidi mengingatkan bahawa kebersihan bagi kawasan di Enclave T adalah tanggungjawab bersama dan setiap warga di Enclave T hendaklah seboleh mungkin untuk menjaga kebersihan di kawasan persekitaran.

2- En. Sahihan mengingatkan juga kepada warga Enclave T supaya menutup pintu tong sampah dihadapan rumah bagi mengelakkan sampah dari di sepah-sepahkan oleh anjing-anjing liar diwaktu malam.

3- Tuan Hj. Din mencadangkan supaya satu tong sampah disediakan dikawasan wakaf supaya pengunjung wakaf dapat menggunakan kemudahan tong tersebut untuk menjaga kebersihan.

4- En. Asri menyokong cadangan Tuan Hj. Din agar satu tong sampah disediakan dengan anggaran saiz yang munasabah iaitu tidak terlalu besar serta mudah untuk diselenggarakan. Mesyuarat bersetuju sebulat suara untuk menyediakan satu tong sampah yang bersaiz sederhana untuk kegunaan pengunjung wakaf dan akan ditolak dari duit kutipan tabungan Enclave T.

Tindakan : Bazlan.


GOTONG – ROYONG
(Nota : Persetujuan asal bagi majlis ini iaitu pada 7 Feruari 2009, telah di pinda ke tarikh dibawah di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, harap maaf.)

Satu majlis gotong-royong yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Bandar Enstek akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh : 08 Februari 2009 (Ahad)

Masa : 7.30 a.m - 12.00 p.m


Kepada penduduk Enclave T yang ada kelapangan harap dapat menyertai majlis ini kerana ianya adalah majlis gotong-royong perdana yang dianjurkan oleh PPBE, pihak Enstek dan MPN sendiri. Untuk maklumat lanjut sila rujuk kepada kain pemidang yang digantung dibeberapa lokasi di Bandar Enstek.



PENGAWAL KESELAMATAN

1- Alhamdulillah, tanpa kita sedari sekuriti di Enclave T yang di buat di atas persetujuan bersama serta kesedaran penduduk di Enclave T sendiri bahawa soal keselamatan adalah tanggungjawab kita bersama telah dengan jayanya mencapai tempoh dan bertahan sehingga cukup satu tahun lamanya. Ianya bermula dengan iltizam serta semangat persaudaraan yang tinggi serta jitu bagi sesama penduduk Enclave T dan akhirnya mampu bertahan untuk tempoh satu tahun. Tahniah diucapkan.

Oleh dari itu, kemajuan yang dicapai ini bukanlah mudah kerana kesefahaman yang dipupuk memerlukan banyak pengorbanan dan pengorbanan tuan-tuan dan puan-puan yang telah sama-sama menjaga keharmonian di kawasan Enclave T ini diucapkan ribuan terima kasih semoga Allah SWT memberkati dan memberi rahmat bagi kawasan kita ini.

InsyaAllah bekal satu tahun yang telah kita sama-sama lalui ini akan dijadikan azimat untuk kita bertahan sehingga ketahun-tahun yang seterusnya. Oleh daripada itu mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk menggunakan pendekatan yang berbeza bagi mengutip duit tabungan pada tahun 2009 ini, iaitu:-

a- Satu surat akan dikeluarkan kepada penyewa-penyewa yang masih belum bersedia untuk membayar duit sekuriti dengan memohon kerjasama daripada mereka untuk memulakan sumbangan mulai dari bulan Januari 2009.
b- Lawatan dari rumah ke rumah akan diusahakan untuk menerangkan kepada penghuni-penghuni yang masih belum menyumbang.
c- Pembayaran duit sekuriti bagi setiap bulan janganlah dilewat atau ditanggunhkan kerana jika ditangguhkan sehingga ke 2-3 bulan kelak akan menjadi bebanan. Maka pembayaran awal adalah digalakkan malah dialu-alukan.


TABUNGAN

1- En. Yazir menerangkan bahawa corak pambayaran yang agak menurun sejak kebelakangan ini, oleh daripada itu beliau mengharapkan agar corak ini diubah dengan segera dengan pembayaran bagi setiap bulan itu harus dilunaskan dengan seberapa segera.

2- Seperti biasa pembayaran boleh dibuat pada En. Yazir, En. Zaidi dan saya sendiri. Sila semak penyata pembayaran di laman blog yang disediakan.


LAIN-LAIN

1- Mesyuarat bersetuju untuk mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya satu bulan sekali.

Mesyuarat merakamkan ribuan terima kasih kepada penduduk yang hadir.


Sekian terima kasih


Disediakan oleh
SR. NORBAZLAN MOHD YUSOF MISM





Apa yang dibualkan yan dan zaidi ni, mau renovate rumah ka ?? Lama tak jumpa mahzan, bila mesyuarat macam ini saja la yang kita dapat jumpa ............. betul tak zannnn.... betul betul



Ini gambar jiran baru kita di Enclave T, nama nya En. Osman bekerja di MAS kargo mempunyai anak 3 orang. Selamat datang ke Enclave T ...... semoga bertambah rezeki dan diteguhkan iman. amin.


Shahrul, mahzan dan yazir ..... lama jugak tak jumpa shahrul ini, hari tu pun tak dapat nak sembang lama dengan shahrul ini.............


nasib baik ada aris, lain kali mesyuarat aris mesti ada ....... aris ada kueh kek sure ada .....hehe....tima kasey daun keladi, sedap kek tu .........



Tuan Hj. Razali dan yazir.....ehem ehem ..... my frennn...... syhhh...zaidi mintak bagan lalang ....... kih kih kih ....


Ramai yang datang malam ni, osman, aris, hj.din, asri, burn, yan, zaidi, mahzan, shahrul, yazir, hj.razali. Samsudin walaupun bekerja datang juga, tu yang bangga tu dan zul tak da dalam gambar dia datang lewat sikit. Danda pun sepatutnya ada dalam gambar ni mana dia menyorok ni ......




No comments: