Thursday, January 1, 2009

Selamat Tahun Baru 2009

Assalamualaikum.

Selamat tahun baru hijrah dan juga masihi kepada seluruh warga Enclave T.

Semoga dengan kedatangan tahun baru ini memberi kita suatu keazaman untuk kita sama-sama lagi mengeratkan lagi silaturrahim serta menjaga lagi perpaduan yang telah kita sama-sama bina semenjak kita mula-mula berpindah di Enclave T pada awal tahun 2004 lagi.

Saya merasa bangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh rakan-rakan di Enclave T yang dapat menerima dan melayani jiran-jiran tetangga dengan baik sekali. Semangat perpaduan begini yang ditunjukkan selama 4 tahun kita bersama, insyaAllah akan kita teruskan moga-moga ianya berkekalan selamanya.

Oleh daripada itu, sekiranya tuan-puan mempunyai apa-apa jua berita yang ingin dikongsi bersama, tuan-puan bolehlah berbuat begitu dengan mengirimkan apa-apa gambar dan juga berita kepada saya menerusi alamat email. Sebagai contohnya pengalaman melancong, hobi memancing, teknik bonzai, camping, berbasikal, scuba-diving, maklumat membeli -belah, informasi untuk anak-anak tuition dan apa jua maklumat yang berguna dan ingin berkongsi pengalaman tuan-puan maka bolehlah berbuat begitu dengan hantarkan gambar dalam format jpeg, gif atau ringkasan karangan di dalam words kepada alamat email yang tertera.

Blog ini ditujukan khas untuk penduduk di Enclave T supaya kita sama-sama dapat menggunakan kemudahan ini untuk kita berkongsi maklumat serta apa jua yang berguna bertujuan untuk menggeratkan lagi ukhuwah serta silaturrahim sesama kita, semoga kita menjadikan blog ini sebagai medium untuk berinteraksi, kenal mengenali serta merapatkan silaturrahim. InsyaAllah.
.
Dikesempatan ini juga saya selaku pengendali blog ingin memohon beribu kemaafan jika ada apa jua kesalahan saya serta keluarga samada disedari atau pun tidak disepanjang kita berjiran, yang baiknya datang dari Allah SWT dan yang buruk datang dari kelemahan saya sendiri.

Sekian terima kasih.
'
'
'
'
'

2 comments:

Yazir said...

salam, aku rasa kena ada ruang chat sesama kita... lg best

Anonymous said...

bagus gak idea tu, tapi shoutmix chat atau kotak menjerit, kena block la dgn firewall.

tapi tak pa nnt aku tgk alternative lain.

TQ

Bazlan.