Tuesday, January 27, 2009

Notis Mesyuarat Enclave T - 30 Januari 2009

KEPADA PENDUDUK ENCLAVE T


Satu mesyuarat bagi penduduk Enclave T akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh : 30 Januari 2009 (Jumaat)

Masa : 9.00 p.m.

Agenda :

1- Berkumpul di Wakaf Enclave-T
2- Mesyuarat Penduduk Encl.T
- Kutipan bulanan bagi Pengawal Keselamatan
- Maklumbalas dari penduduk Encl.T
- Berkenalan dengan Penduduk Baru.
3- Perkara-Perkara Berbangkit
4- Jamuan Ringan
5- Bersurai

Segala kerjasama, sokongan dan kehadiran dari pihak tuan, diucapkan ribuan terima kasih.

“SELAMAT MAJU JAYA ENCLAVE T”


Yang benar,
Bazlan

Friday, January 23, 2009

Akaun Bulanan Sekuriti Enclave T - 18 Januari 2009

Assalamualaikum,

Sila semak penyata yang diselenggara pada 18 Januari 2009, kepada yang belum sempat untuk membuat pembayaran sila usahakannya dengan seberapa segera.

Penyata akaun disedia dan diselenggarakan oleh bendahari Enclave T iaitu En. Yazir dan disemak oleh En. Zaidi.

Sila klik pada imej untuk pembesaran.

Sekian terima kasih.




Thursday, January 1, 2009

Selamat Tahun Baru 2009

Assalamualaikum.

Selamat tahun baru hijrah dan juga masihi kepada seluruh warga Enclave T.

Semoga dengan kedatangan tahun baru ini memberi kita suatu keazaman untuk kita sama-sama lagi mengeratkan lagi silaturrahim serta menjaga lagi perpaduan yang telah kita sama-sama bina semenjak kita mula-mula berpindah di Enclave T pada awal tahun 2004 lagi.

Saya merasa bangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh rakan-rakan di Enclave T yang dapat menerima dan melayani jiran-jiran tetangga dengan baik sekali. Semangat perpaduan begini yang ditunjukkan selama 4 tahun kita bersama, insyaAllah akan kita teruskan moga-moga ianya berkekalan selamanya.

Oleh daripada itu, sekiranya tuan-puan mempunyai apa-apa jua berita yang ingin dikongsi bersama, tuan-puan bolehlah berbuat begitu dengan mengirimkan apa-apa gambar dan juga berita kepada saya menerusi alamat email. Sebagai contohnya pengalaman melancong, hobi memancing, teknik bonzai, camping, berbasikal, scuba-diving, maklumat membeli -belah, informasi untuk anak-anak tuition dan apa jua maklumat yang berguna dan ingin berkongsi pengalaman tuan-puan maka bolehlah berbuat begitu dengan hantarkan gambar dalam format jpeg, gif atau ringkasan karangan di dalam words kepada alamat email yang tertera.

Blog ini ditujukan khas untuk penduduk di Enclave T supaya kita sama-sama dapat menggunakan kemudahan ini untuk kita berkongsi maklumat serta apa jua yang berguna bertujuan untuk menggeratkan lagi ukhuwah serta silaturrahim sesama kita, semoga kita menjadikan blog ini sebagai medium untuk berinteraksi, kenal mengenali serta merapatkan silaturrahim. InsyaAllah.
.
Dikesempatan ini juga saya selaku pengendali blog ingin memohon beribu kemaafan jika ada apa jua kesalahan saya serta keluarga samada disedari atau pun tidak disepanjang kita berjiran, yang baiknya datang dari Allah SWT dan yang buruk datang dari kelemahan saya sendiri.

Sekian terima kasih.
'
'
'
'
'

Akaun Pembayaran Bulanan Sekuriti Enclave T - 02 Januari 2009

Assalamualaikum,

Sila semak pembayaran tuan, kepada yang belum membuat pembayaran sila buat dengan seberapa segera.

Penyata akaun disedia dan diselenggarakan oleh bendahari Enclave T iaitu En. Yazir dan disemak oleh En. Zaidi.

Sila klik pada imej untuk pembesaran.

Sekian terima kasih.