Thursday, July 7, 2011

Minit Mesyuarat Enclave T - 01 Julai 2011

MINIT MESYUARAT ENCLAVE T - 01hb JULAI 2011 (Bil. 4/11)


PENDAHULUAN

Alhamdulillah dan terima kasih kepada penduduk di Enclave T yang dapat meluangkan masa untuk hadir pada mesyuarat penduduk kali ini.

PENGAWAL KESELAMATAN

1- Penduduk di Enclave T di rayu untuk membayar yuran bulanan sekuriti yang telah mula dikutip bermula dari bulan Mac 2011. Mesyuarat memohon kerjasama dari penduduk-penduduk Enclave T termasuk kepada penyewa-penyewa untuk membayar yuran sekuriti semoga sumbangan kita yang kecil ini dapat mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku dikawasan kediaman Enclave T.

2- Bayaran yuran bulanan ini masih kekal pada kadar lama iaitu RM50.00 sebulan. Di harap penduduk-penduduk tidak melenggahkan pembayaran kerana ianya akan terkumpul dan akan menjadi bebanan pula di kemudian hari.

WAKAF

1- Mesyuarat mengucapkan terima kasih kepada En. Asri Loke dan anak beliau iaitu En. Sahfiq Loke kerana telah menyiapkan pendawaian dan seren baru di wakaf Enclave T.


HARI KELUARGA

1- Mesyuarat sebulat suara menetapkan bahawa Hari Keluarga bagi Enclave T akan diadakan pada 09 Julai 2011 (Sabtu). Hari keluarga ini akan diadakan di padang Enclave T, bayaran sebanyak RM60.00 bagi satu keluarga dikenakan bagi menampung perbelanjaan bagi hari keluarga tersebut. Hari keluarga ini akan bermula dari sebelah petang dengan dimulakan dengan acara sukaneka bagi ahli keluarga dan kanak-kanak manakala di sebelah malamnya pula akan diadakan jamuan makan.

2- En. Sahihan selaku ketua AJK Hari Keluarga akan membentangkan butiran-butiran dan aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan pada mesyuarat khas pada 07 Julai 2010, Pukul 10.00 malam.

3- Bayaran bagi hari keluarga ini sudah boleh dibuat pada bila-bila masa kepada Bendahari En. Yazir di No. Rumah 27-T.

TABUNGAN

1- Seperti biasa pembayaran sekuriti RM50.00 sebulan bolehlah dibuat pada En. Yazir, En. Zaidi dan saya sendiri, jika pihak tuan tidak dapat hadir pada mesyuarat bulanan di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

2- Akaun terkini dikeluarkan oleh En. Yazir secara berkala dan ianya boleh dirujuk di blog http://www.enclave-t.blogspot.com/

KUTIPAN SURAU

Surau Al-Hidayah di Persada Damai ada menganjurkan kutipan bulanan bagi menampung perbelanjaan aktiviti-aktiviti surau termasuk ceramah-ceramah agama dan kelas mengaji. Sukacita dijemput penduduk-penduduk di Enclave T untuk menderma ke tabung surau Al-Hidayah dengan menghubungi Tuan Haji Razali, No. Rumah 8-T, selaku wakil Surau Al-Hidayah.

LAIN-LAIN

1- Mesyuarat dimaklumkan bahawa anjing-anjing liar yang berkeliaran diwaktu malam di kawasan Enclave T sudah mula berkurangan seperti yang dilapurkan pada mesyarat yang lalu.

2- Tuan Haji memaklumkan bahawa tong sampah di Enclave T perlulah diganti baru kerana sudah rosak teruk dan tidak boleh digunakan lagi.

3- Cadangan Haji Razali iaitu untuk menggantikan padang bola di Enclave T dengan kawasan futsal / gelanggang vollyball telah mendapat beberapa cadangan susulan, iaitu:-

a- Cadangan supaya diminta peruntukan untuk membina kawasan permainan futsal dari pihak pengurusan bandar ENSTEK.
b- Cadangan supaya dipanjangkan permohonan ini sehingga kepada Kementerian Belia dan Sukan.
c- Cadangan untuk memohon peruntukan dari MPN untuk dibuat lapangan FUTSAL. Satu dialog bersama MPN akan diusahakan oleh En. Hamsani.

4- Mesyuarat mencadangkan untuk dibuat Gotong-Royong di Enclave T pada 16hb Julai 2011 (Sabtu). Memandangkan terdapat banyak semak di kawasan belakang rumah yang boleh mengundang bahaya.

5- Satu surat jemputan untuk berdialog dengan pemilik ZEMART akan dikeluarkan sedikit masa lagi. Terdapat beberapa isu yang dibangkitkan diantaranya ialah :-

· Meletek kereta yang bersepah di laluan masuk ke Persada Kasih
· Laluan kereta keluar dari ZEMART yang dirasakan tidak sesuai
· Bau busuk air basuhan dari ZEMART yang mengalir ke laluan longkang di belakang deretan rumah di Persada Kasih mengundang bau busuk yang mengganggu ketenteraman.
· Soal kebersihan sampah sarap yang bersepah di sekitar ZEMART

Terima kasih
Bazlan



Ini geng kain gombang ni....hehe


aikk... Tuan Zaidi pukul 12.00 mlm baru sampai,
mana tak mesyuarat habis pukul 2.30 pagi....hehehe



Tuan Haji Asri dan Tuan Haji Razali tetap maintainn...



En. Zul sudah lama tak nampak....














No comments: