Saturday, December 6, 2008

Minit Mesyuarat Enclave T - 05 Disember 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mesyuarat bermula agak lewat kerana ramai penduduk dari enclave T yang tidak dapat hadir di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, diantara penduduk-penduduk yang sempat memaklumkan ketidakhadiran kepada saya ialah En. Suhaimi 16T, En Rashidi, En. Mahzan, En. Faizul dan En. Nazry.

Kepada yang hadir termasuklah En. Zaidi, Tn.Hj.Din, En. Yazir, En. Asri, Tn.Hj. Razali, En. Samsuddin, En. Azrin, Tengku Ahmad, En. Bakar, En. Aris dan saya sendiri.


JAMUAN AKHIR TAHUN

Memandangkan ada 2-3 keluarga penduduk yang memaklumkan tidak dapat hadir pada tarikh asal maka mesyuarat bersetuju sebulat suara untuk meminda tarikh jamuan akhir tahun kepada 13hb Disember 2008(Sabtu) dari tarikh asal iaitu pada 20hb Disember 2008.

Diantara keputusan yang dicapai ialah :-

1- Diminta Tn. Hj. Razali untuk menukar tarikh untuk menempah khemah mengikut tarikh di atas.

2- Ayam dan daging akan diuruskan oleh Hj.Din, memandangkan beliau sudah biasa berurusan dengan pembekal ayam & daging, tetapi tempahan hendaklah dimaklumkan kepada beliau sekurang-kurangnya pada malam 11/12/2008 (Khamis).
.
3- Yuran kutipan ialah sebanyak RM40.00 bagi setiap rumah dan bolehlah diserahkan kepada saya selewat-lewatnya 11hb Disember 2008 (Khamis).
.
4- Menu makanan pada malam tersebut ialah BBQ (ayam&daging lembu), coleslaw, kentang goreng, salad, nuggets, air panas dan sejuk.

5- Majlis akan bermula dipagi hari sabtu (13hb), dengan dibahagikan kepada 2 kumpulan yang utama iaitu satu kumpulan yang ditugaskan untuk menguruskan pembelian ayam dan daging dengan diketuai oleh Tn.Hj.Din. Kumpulan kedua akan menguruskan pembelian sayur-sayuran serta barangan yang lain-lain.

6- Penduduk lelaki diminta untuk menguruskan pembersihan ayam dan daging termasuk memerap ayam sebaik dibersihkan dari dibeli dari pasar manakala penduduk wanita diminta untuk datang ke khemah yang akan dipasang dihadapan rumah En. Yazir pada pukul 1.30 ptg bertujuan untuk menyiapkan coleslaw, salad, goreng nugget dan goreng kentang .
.
7- En. Asri akan membekalkan bekas untuk BBQ (tong drum yang dipotong separuh).
.
8 - En. Azrin akan periksa dahulu samada ianya masih ada didalam simpanan ataupun tidak iaitu senarai bahan-bahan yang akan dibeli, jumlah ayam dan daging serta resepi ayam BBQ,. Jika ada maka bolehlah digunakan resepi dan anggaran yang dahulu.

Agenda yang dibincang di atas bolehlah dijadikan sebagai rujukan untuk melancarkan pergerakan pada hari sabtu tersebut. Walaubagaimana pun komitmen tuan-tuan dan puan-puan untuk menjayakan acara di atas adalah dipohon serta lebih utama dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.


PENGAWAL KESELAMATAN

1- Dialog bersama dengan pegawai keselamatan dari Redza Sekuriti tidak dapat dijalankan diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Satu tarikh baru akan disediakan.

Mesyuarat merakamkan ribuan terima kasih kepada penduduk yang hadir.

Terima kasih


Tengku Ahmad ada tapi dia tak dpt join BBQ sebab kena posting ke Vietnam sebulan Bon Voyage Selamat Jalan & Selamat Pulang. En. Aris pun ada siap bawa roti dan pizza, terima kasih daun keladi....hehe



Kueh mueh dan air dibawa oleh Tn. Hj. Din ...... terima kasih th. hj....sbb tu kalau ada apa2 function tn. hj kena ada....



Amboi senyum meleret-leret Azrin dgn Yazir, mesti ada apa2 ni .........


Ini En. Bakar, jiran baru Enclave T, baru berpindah dari Sg. Petani, menyewa dirumah En. Noh dan dah bayar yuran sekuriti ........... memang baguihhh bak hang ......



Zaidi dan Hj. Din tegah tersandar kekenyangan..... Faizan jeling-jeling ni kueh balance sure aku punya mlm ni, hehe.....

Azrin, Samsuddin dan Zaidi ...... walaupun semua penat tapi datang juga ......... thanks sbb datang..... ialah untuk kita juga kan, kan, kan .....


4 comments:

Anonymous said...

test tgk komen boleh ka? Yazir kau try tgk komen dah bleh masuk terus ka?

Bazlan.

Yazir said...

Aku pada 13hb. pak sedara ada buat kenduri kat Melaka plak.. tak tahu lagi macammana. Lani kena sembahyang Istiqarah.

Anonymous said...

kau mesti kena ada Yazir org kuat, tuan rumah lak tu.

kena solat istiqarah tu, bior aku aminkan dr jauh.

Bazlan.

Anonymous said...

meriah....meriah....meriah.... tahniah utk semua penduduk enclave T. Usaha tangga kejayaan. Lepas ni tido besok pagi kena bangun awal pegi pasor:)

fm Azrin dan sekeluarga