Mesyuarat di Enclave T pada 14 November 2008 telah berjaya diadakan dan cadangan pada mesyuarat tersebut diantaranya ialah :
Majlis Makan-Makan
1- Mesyuarat bersetuju untuk menjayakan acara makan-makan bersama keluarga Enclave T pada (cadangan) 20 Disember 2008 (Hari Sabtu).
2- En. Yan mencadangkan dibuat majlis BBQ secara gotong-royong dengan penglibatan anggota lelaki dan wanita.
3- Satu mesyuarat akan diadakan sekurang-kurangnya dua minggu dari tarikh yang dicadangkan seperti di atas, untuk membincangkan dengan lebih terperinci agenda di majlis tersebut.
4- Khemah akan diusahakan oleh Tuan Hj. Razali dengan bertanya kepada AJK masjid.
5- Mesyuarat bersetuju dengan kutipan untuk acara makan-makan ini adalah diantara RM30-RM40 bagi setiap rumah.
Keselamatan Penduduk
1- En. Asri mencadangkan supaya mendekati dengan berhemah penduduk yang masih enggan membayar duit kutipan bulanan pengawal keselamatan. Lawatan dari rumah-ke rumah dipersetujui akan dibuat pada hari minggu.
2- En. Zaidi mencadangkan supaya suatu persetujuan bersama dibuat diantara penduduk yang masih enggan membayar kutipan bulanan pengawal keselamatan dengan AJK penduduk supaya satu keputusan menang-menang diperolehi. Dimana komitmen untuk membayar pada setiap bulan adalah amat ditagih.
3- Dicadangkan oleh En. Asri supaya acara dialog diadakan dengan pegawai dari syarikat pengawal keselamatan pada mesyuarat yang akan datang.
Mesyuarat amat berterima kasih kepada penduduk-penduduk Enclave T yang masih seperti dulu, saling hormat-menghormati, mesra, komited, sporting dan kelakar.
Terima kasih.
Wahhh..... banyak makanan, terima kasih daun keladi kepada yang menyumbang.
2 comments:
Halo kawan berkenaan majlis gotong rotong tu aku rasa sudah salah tarikhlah....rasanya 20 Disember 2008 . Ok arios
Thanks Yazir.
Dah betulkan.
Bazlan.
Post a Comment