Thursday, May 28, 2009

Akaun Enclave T - 16hb Mei 2009

Assalamualaikum,

Sila semak penyata yang diselenggara pada 16hb Mei 2009, kepada yang belum sempat untuk membuat pembayaran sila usahakannya dengan seberapa segera.

Untuk memudahkan pihak tuan menyemak akaun ini, pihak tuan bolehlah menggunakan ruang 'comment' di bawah. Sebagai contohnya bagi posting ini pihak tuan boleh membuat catatan peribadi atau remark untuk mengingatkan pihak tuan bahawa penyata ini adalah betul mengikut pembayaran yang pihak tuan telah lakukan.

Oleh daripada itu, jika pihak tuan terlupa akan berapa bulan yang pihak tuan telah membuat bayaran, pihak tuan bolehlah merujuk kepada catatan pihak tuan sendiri.

Penyata akaun disedia dan diselenggarakan oleh bendahari Enclave T iaitu En. Yazir dan disemak oleh En. Zaidi.

Sila klik pada imej untuk pembesaran.

Sekian terima kasih.
























Notis Mesyarat Bulanan Enclave T - 29hb Mei 2009

KEPADA PENDUDUK ENCLAVE T

Satu mesyuarat bulanan bagi penduduk Enclave T akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh : 29hb Mei 2009 (Jumaat)

Masa : 9.00 p.m.

Agenda :

1- Berkumpul di Wakaf Enclave-T
2- Mesyuarat Penduduk Encl.T
- Hari Keluarga 2009
- Kutipan bulanan bagi Pengawal Keselamatan
- Maklumbalas dari penduduk Encl.T
3- Perkara-Perkara Berbangkit
4- Jamuan Ringan
5- Bersurai

Segala kerjasama, sokongan dan kehadiran dari pihak tuan, diucapkan ribuan terima kasih.

“SELAMAT MAJU JAYA ENCLAVE T”

Yang benar,
Bazlan

Monday, May 11, 2009

Minit Mesyuarat Enclave T - 30hb April 2009

MINIT MESYUARAT ENCLAVE T – 30 April 2009 (Bil. 4/09)
(sila layari di http://enclave-t.blogspot.com)


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah dan terima kasih kepada yang hadir pada mesyuarat kali ini iaitu En. Mahzan, En. Azrin, Tn.Hj. Razali, En. Asri, En. Yazir, En. Zaidi, En. Samsuddin, En. Hasan, Tuan Hj. Din, En. Faizol, En. Shahrul dan saya sendiri.

Terima kasih juga kepada beberapa penduduk yang sempat memaklumkan kepada saya ketidakhadiran beliau diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.


HARI KELUARGA

1- Pada mesyuarat kali ini terdapat beberapa cadangan lagi dikemukakan sebagai lokasi pilihan bagi hari keluarga Enclave T iaitu seperti berikut :-

a- Felda Residence Trolak, Sg. Perak
b- Felda Residence Tekam, Jerantut Pahang
c- Felda Hotspring Sungkai Perak
d- Serai d’lanjut, Rompin
e- Summerset, Rompin

2- Keputusan mesyuarat adalah seperti berikut :-

i- Mesyuarat sebulat suara bersetuju pada tarikh 27 - 28 Jun 2009 (Sabtu dan Ahad) sebagai tarikh hari keluarga bagi Enclave T.

ii- Mesyuarat juga sebulat suara bersetuju untuk memilih Tiara Beach Resort (TBR) sebagai lokasi pertama Hari Keluarga Enclave T. InsyaAllah jika sambutannya hebat maka lokasi-lokasi yang lain-lain akan dipertimbangkan.

iii- Jenis-jenis penginapan adalah seperti yang di bawah :-


STUDIO ROOM
(01 Bedroom Apartment)
RM 180.00 nett per unit per night + RM 50.0 (BBQ) + RM 20.0 (sukaneka) = RM 250.00 /keluarga

FAMILY SUITE
(02 Bedroom Apartment)
RM 280.00 nett per unit per night + RM 50.0 (BBQ) + RM 20.0 (sukaneka) = RM 350.00 / keluarga


3- En. Azrin memaklumkan bahawa besar kemungkinan lawatan tapak ke TBR akan dibuat bagi memudahkan rundingan dengan pihak TBR.

4- Tarikh akhir penyerahan duit bagi hari keluarga kepada En Azrin hendahlah dibuat selewat-lewatnya pada 29hb Mei 2009 (Jumaat). Ini bagi memudahkan En. Azrin untuk membuat tempahan dan sebagainya.

Aturcara yang dicadangkan adalah seperti berikut :-

Hari Pertama.
01.00 p.m. Bertolak dari Enstek
03.00 p.m. Daftar Masuk
04.00 p.m Acara Hari Keluarga Bermula
- Acara Kanak-Kanak 6 thn / 12 thn/ 15 thn
- Acara pertandingan dewasa/keluarga
- Acara Bola Tampar Lelaki/Wanita/Campuran
8.00 p.m. BBQ

Hari Kedua
08.00 a.m. Acara Bebas
12.00 p.m. Daftar keluar

TABUNGAN

1- En. Yazir memaklumkan bahawa kutipan agak berkurangan sejak kebelakangan ini dan di mohon agar penduduk-penduduk menyegerakan pembayaran.

2- Seperti biasa pembayaran RM50.00 sebulan bolehlah dibuat pada En. Yazir, En. Zaidi dan saya sendiri. Sila semak penyata pembayaran di laman blog yang disediakan.


PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

1- Mesyuarat dimaklumkan bahawa masih terdapat aktiviti-aktiviti kumpulan pelajar-pelajar luar yang melakukan perkara - perkara yang tidak sihat serta membawa pengaruh negatif di wakaf Enclave T.

2- Mesyuarat merakamkan ribuan terima kasih kepada Tuan Hj. Razali dan lain-lain ibubapa kerana telah mengambil inisiatif menegur pelajar-pelajar yang berkumpul diwakaf pada waktu malam kerana ianya dikuatiri akan membawa pengaruh luar yang tidah berfaedah.

3- Mesyuarat juga merakamkan ucapan terima kasih kepada ibubapa dan anak-anak di Enclave T yang telah mengambil inisiatif membersihkan sampah di padang di Enclave T serta menjaga kebersihan. Semoga inisiatif ini akan menjadi dorongan dan tauladan kepada anak-anak kita semua supaya kita sama-sama menjaga kebersihan di tempat kita.

4- Dari masa ke semasa, penduduk-penduduk di Enclave T juga diharap dapat menasihati anak-anak agar berkawan dengan baik sesama rakan-rakan di Enclave T serta menjaga kebersihan di kawasan kita.
Mesyuarat merakamkan ribuan terima kasih kepada penduduk yang hadir.

Sekian terima kasih


Disediakan oleh
BAZLAN



Kesian mahzan sampai terlelap .......letih tu ...... shahrul nape malu2...... En. Hasan nanti join okay our trip to PD, alah suka2 sannnn.......


Abg sekuriti ........ serius jeee faizan ni ...... sorry la mlm ni tak de makan2.......



Hj. Razali dan En. Asri ....tengah rancak berbual, Hj. Din tengok apa tu ................

Azrin emm.....dah tak nak kawannn dgn kitaorg dahhhhh....... hehe, its okay laaaa wat to do, this blog will be forever embedded here, i'm sure one day he'll miss this moment ........... emm........we also will miss you man.............. Sudin sekarang dah kamcing dgn shahrul ......mentang2 ada basikal canggihh........ kih kih kih