Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah, akhirnya jamuan akhir tahun BBQ yang dirancang selama hampir sebulan telah pun selamat diadakan dengan jayanya pada malam 13hb Disember 2008 (Sabtu) bertempat di hadapan rumah En. Yazir dan di padang Enclave T.
Kami bersyukur pada Allah SWT kerana telah menyatukan hati-hati kami dan menemukan kami didalam suasana yang cukup meriah. Oleh daripada itu saya selaku pengendali blog ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada seluruh penduduk Enclave T yang telah sama-sama mengerah keringat untuk kita sama-sama menjayakan acara ini. Segala pengorbanan tuan-tuan dan puan-puan saya ucapkan jutaan terima kasih, semoga Allah SWT memberi pahala dan merahmati kita semua.
.
Kami berharap agar kami terus dapat bertemu lagi didalam suasana sebegini pada tahun-tahun yang akan datang, kami berharap juga agar penduduk-penduduk Enclave T terus sporting, komited, saling hormat-menghormati, mesra dan yang paling penting ..... kelakar.
.
Terima kasih.
9.30 a.m. Mula bersihkan ayam dan daging ........
9.45 a.m. Semua berjalan lancar........ nampak tu tuan rumah kata baguihhh..... terima kasih pada En. Yazir yang sudi bagi kebenaran menggunakan ruang didepan rumah, air dan elektrik.
10.30 a.m. Tak siap lagi kaaa....... aikkk suda lapar ka yan, aku makan ayam ni baru tau .........
10.45 a.m. Zul menunjukkan skil....... haaaa cam ni kalu nak potong ayam..... tapi lepas tu anak dia menangis ..... cerita selanjutnya boleh tanya pada Yazir.... hehe
11.00 a.m. amboihhh .....releksss nampakkk...... semua kerja sudah beres kaaaa burn ....
6.45 p.m. Azrin kata .....baik aku cari minyak masak dulu laaaa .....kasi taruh sikit baru api boleh menyala........
7.00 p.m. Ini semua bakal-bakal wakil negara ke piala dunia nih ...........
7.10 p.m. Amboihhh seronok orang pompuan sekali-sekala dapat nyembang ....... tini, khaty, cikgu dan zura. Thanks to tini ....whipped potato dan coleslaw memang sedap sehingga menjilat pinggan.....hehe
7.30 p.m. Nasib baik ada Nazry, api nyala marakkk......... kawe denge api ni biasooo...... sebetulnyoo api takut dgn kawe...... Anak Zaidi, abg yang sedang bercuti belajar di Australia pun ada ......balik Australia sure nak cuba BBQ nihhhh.........
8.30 p.m. seronok laaaa ayam dah mula masakkkk........ Yazir, Asri, Yan, Azrin, anak hj. razali.....
9.03 p.m. Terima kasih daun keladi pada Dura, nampak gayanya kalau tak da siapa dari Enclave T yang menurun dan tau resepi dura lain kali kena mintak tolong dura lagi yekk..... hehe .... jangan mareee.....
9.05.p.m. Isteri En. Samsuddin dan anak nya ..............
9.10 p.m. En. Nazry & isteri dan anak hj. Razali ................. kawe kenye tok leh masuk agi ..... pas ni kawe nok nyambung guntin.....
9.15 p.m. Ni jejaka tampan Enclave T, kalau ada regu ni memang tak kering gusi ......ada aje idea nak melawak ........
9.30 p.m. En. Asri dan keluarga, terima kasih sebab buatkan bekas BBQ, Asri dan keluarga memang dari dulu lagi sporting ........... makan banyak-banyak syafiq, nanti main badminton boleh smash kuat-kuat .......
9.35 p.m. Hj Din, Zul dan Noh dah tersandar kekenyangan ........ Yang pakai baju biru bercermin mata tu sedara burn , siapa nama dia lupa la pulokk......
9.37 p.m. Aaaaaaahahahahahha.......yang pakai baju kuning tu ....cuba teka siapa??? gadis pingitan Enclave T diapit oleh Zila dan Kak long.
9. 40 p.m. Rasa-rasanya yang ni keluarga atau sedara-mara burn.
9.47 p.m. Jadi budak-budak juga la yang best ...... Danish, Haikal dan Zikri
9.49 p.m. Ini semua bakal-bakal teruna dan dara kegilaan ramai di Enclave T 20 tahun lagi .....hehehe
9.51 p.m. En. Aris dan keluarga pon datang lambat sebab ada urusan di Bangi ...... apa nak buat ya Aris..... tapi tetap dapat makan dengan kenyang juga .....hehe
9.52 p.m. Pengusaha kerepek di Enclave T, baru buka kedai di Enstek ......sila la datang kekedai En. Aris & Ros ...... kita sokong ramai-ramai. ok
.
.
.
.
.
.
Laporan Kewangan.
'
Ada seramai enam belas (16) keluarga yang menyertai Jamuan Akhir Tahun (BBQ) , mereka ialah :-
'
1- Tn. Hj. Din
2- En. Samsuddin
3- En. Zaidi
4- En. Suhaimi
5- En. Yazir
6- En. Sahihan
7- En. Asri
8- En. Zul
9- Tn. Hj. Razali
10- En. Nazry
11- En. Azrin
12- En. Aris
13- En. Bakar
14- Saudara En. Bakar
15- En. Noh
16- Bazlan
.
Kutipan sebanyak RM40.0 x 16 keluarga = RM640.00
.
Perbelanjaan
.
1- Khemah (Bazlan) = RM150.0
2- Ayam - RM200 dan Daging-RM60 (Hj. Din) = RM260.00
3- Coleslaw, whipped potato, arang x3 bag, air buah, nescafe, susu, gula, garam, mayonis (Zaidi)= RM150.00
4- Arang x3 bag, air batu (suhaimi) = RM20.00
5- Bahan-bahan BBQ (Dura) = RM 80.00
.
Jumlah kesemua = RM660.00
.
= Jumlah kutipan - Jumlah perbelanjaan
= RM640.00 - RM660.00
= - RM20.00 (kurang).
.
.
Terima Kasih