Tuesday, November 18, 2008

Minit Mesyuarat Enclave T, 14 November 2008

Assalamualaikum,

Mesyuarat di Enclave T pada 14 November 2008 telah berjaya diadakan dan cadangan pada mesyuarat tersebut diantaranya ialah :


Majlis Makan-Makan

1- Mesyuarat bersetuju untuk menjayakan acara makan-makan bersama keluarga Enclave T pada (cadangan) 20 Disember 2008 (Hari Sabtu).
2- En. Yan mencadangkan dibuat majlis BBQ secara gotong-royong dengan penglibatan anggota lelaki dan wanita.
3- Satu mesyuarat akan diadakan sekurang-kurangnya dua minggu dari tarikh yang dicadangkan seperti di atas, untuk membincangkan dengan lebih terperinci agenda di majlis tersebut.
4- Khemah akan diusahakan oleh Tuan Hj. Razali dengan bertanya kepada AJK masjid.
5- Mesyuarat bersetuju dengan kutipan untuk acara makan-makan ini adalah diantara RM30-RM40 bagi setiap rumah.

Keselamatan Penduduk

1- En. Asri mencadangkan supaya mendekati dengan berhemah penduduk yang masih enggan membayar duit kutipan bulanan pengawal keselamatan. Lawatan dari rumah-ke rumah dipersetujui akan dibuat pada hari minggu.
2- En. Zaidi mencadangkan supaya suatu persetujuan bersama dibuat diantara penduduk yang masih enggan membayar kutipan bulanan pengawal keselamatan dengan AJK penduduk supaya satu keputusan menang-menang diperolehi. Dimana komitmen untuk membayar pada setiap bulan adalah amat ditagih.
3- Dicadangkan oleh En. Asri supaya acara dialog diadakan dengan pegawai dari syarikat pengawal keselamatan pada mesyuarat yang akan datang.

Mesyuarat amat berterima kasih kepada penduduk-penduduk Enclave T yang masih seperti dulu, saling hormat-menghormati, mesra, komited, sporting dan kelakar.

Terima kasih.





Duduk berhimpit-himpit .......... muka sedih je din, maklum la dah kerje shif ......



Wahhh..... banyak makanan, terima kasih daun keladi kepada yang menyumbang.



Sambil makan .....sambil berbincang ........




Apa la yang dimenungkan Zaidi tu ........ serious nampak nya


















Pengawal Keselamatan


  • Nama saya Faizan, sila hubungi saya di 019-2456298.
  • Jika tuan-tuan ada masalah keselamatan, sebagai contoh takut untuk memeriksa pintu hadapan atau di belakang di malam hari, sila hubungi saya. Saya akan periksa untuk pihak tuan dan akan memaklumkan kepada tuan dengan segera.
  • Jika tuan-tuan meninggalkan rumah dan memerlukan saya untuk menyalakan lampu di porch hadapan rumah, tuan juga boleh memaklumkan kepada saya.
  • Jika ada apa-apa kecemasan sila menghubungi saya segera, supaya Pelan Kecemasan Penduduk boleh diaktifkan serta-merta.



  • Saya akan mengawasi rumah tuan-tuan, dan pergerakan saya tidak dapat dimaklumkan disini atas faktor-faktor keselamatan.
  • Saya akan bawa 'time clocking' seperti contoh di gambar atas (salah satu kunci daripada 6 lokasi) supaya majikan saya dan penduduk boleh mengetahui pergerakan saya.

  • Saya membawa bersama kayu cota, lampu picit, memakai uniform syarikat, berkasut, alat time clocking dan jaket keselamatan.

Yang benar

Faizan

Pengawal Keselamatan Enclave T











Tuesday, November 11, 2008

Notis Mesyuarat Enclave T - 14 Nov 2008

KEPADA PENDUDUK ENCLAVE T


Satu mesyuarat bagi penduduk Enclave T akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh : 14 November 2008 (Jumaat)

Masa : 9.00 p.m.

Agenda :

1- Berkumpul di Wakaf Enclave-T
2- Mesyuarat Penduduk Encl.T
- Kutipan bulanan bagi Pengawal Keselamatan
- Maklumbalas dari penduduk Encl.T
- Keselamatan penduduk
3- Perkara-Perkara Berbangkit
4- Jamuan Ringan
5- Bersurai

Segala kerjasama, sokongan dan kehadiran dari pihak tuan, diucapkan ribuan terima kasih.

“SELAMAT MAJU JAYA ENCLAVE T”

Monday, November 10, 2008

Majlis Berkhatan Disember 2007

Majlis ini ditujukan khas untuk anak2 Enclave T yang berkhatan pada tahun 2007, iaitu:-

Muhd. Danish Zafir B. Norbazlan
Mohd Nazreen Helmi B. Nazry
Mohd Nazrol Haikal B. Nazry
Muhd Fayadh Farhan B. Yazir
Muhd Uzair Farhan B. Yazir
Haiqal Farhan B. Sahihan
Salehuddin Loke B. Asri Loke
Muhammad Zahin Hafiy B. Shamsuddin



Petang sebelum majlis........ anak En. Noh


Ewah ..... bakal anak2 dara di Enclave T .......



Intan .....anak Hj. Din dan yg kena dokong tu ...... emmm ....anak En. Azrin


MC pada hari majlis, steady MC dan doa selamat dibacakan oleh ayah En. Sahihan (tiada dlm gambar).





En. Shamsuddin & Isteri.......... sama padan kan, kan ......



En. Sahihan & Isteri ........ uihhh.... glamornyeee


En. Yazir & isteri sedang menepung tawar anak2 yg bakal berkhatan ........nampak ke tu ......


En. Nazri & isteri ......... dia ni pakar bonzai ......


Isteri kepada En. Asri Loke, beliau tidak dapat hadir kerana bertugas diluar kawasan.


Saya & isteri ......... ehem , ehem .....


Pahlawan2 Enclave T sedang berarak dgn diiringi paluan kompang .......


Naik kereta berhias ...... yg ditaja oleh En. Yazir



Siap dgn bungga manggar ......... seronok jadi budak2


Eh, eh .....anak siapa ni ?? Danish ......salah seorang bakal pengantin .....


Apa la yang dibualkan oleh sudin dan yan tu .........


Kereta bomba yang dikelolakan oleh En. Nazry dan rakan2nya dari balai bomba Sepang


hahahahha............ kena siram air bomba ........ habis satu tangki juga la .......


Menggigil2 kesejukan ........


Anak2 En. Nazry ......Muhd. Nazreen Helmi & Mohd Nazrol Haikal


Anak En. Yazir........ Muhd Uzair farhan ....... fuhhh sedap nama, mcm nama anak arab



Dapat juga main air hujan ya ....... biasanya papa marah kalau main hujan .......


Diantara para jemputan dan saudara mara yang hadir ..........


Lepas kena sembur dgn air .....perut lapar la tu ........


Siap ada banner lagi tu ...... kek berkhatan ditaja oleh En. Zaidi



Seronok betul jadi budak2 ..... bapak korang dulu tak merasa meriah cam ni .......

Wahhhh..... siap ada nama diatas kek ........


En. Yazir tukang potong kek ............ cermin mata dah bukak


Hj. Din yang merangkap ketua tukang masak menghulurkan sedekah kepada anak2 yang berkhatan ..........

tiap2 sorang dapat satu sampul surat .......caya la Hj. Din


Aikkkk ...... bapak budak pon dapat juga ke ??...... tak aci ni .....En. Yazir selaku wakil kepada Enclave T mengucapkan terima kasih daun keladi kepada Hj. Din ....... pewwwittt