Monday, December 15, 2008

Jamuan Akhir Tahun 2008 - BBQ


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Alhamdulillah, akhirnya jamuan akhir tahun BBQ yang dirancang selama hampir sebulan telah pun selamat diadakan dengan jayanya pada malam 13hb Disember 2008 (Sabtu) bertempat di hadapan rumah En. Yazir dan di padang Enclave T.

Kami bersyukur pada Allah SWT kerana telah menyatukan hati-hati kami dan menemukan kami didalam suasana yang cukup meriah. Oleh daripada itu saya selaku pengendali blog ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada seluruh penduduk Enclave T yang telah sama-sama mengerah keringat untuk kita sama-sama menjayakan acara ini. Segala pengorbanan tuan-tuan dan puan-puan saya ucapkan jutaan terima kasih, semoga Allah SWT memberi pahala dan merahmati kita semua.
.
Kami berharap agar kami terus dapat bertemu lagi didalam suasana sebegini pada tahun-tahun yang akan datang, kami berharap juga agar penduduk-penduduk Enclave T terus sporting, komited, saling hormat-menghormati, mesra dan yang paling penting ..... kelakar.
.
Terima kasih.





9.30 a.m. Mula bersihkan ayam dan daging ........




9.45 a.m. Semua berjalan lancar........ nampak tu tuan rumah kata baguihhh..... terima kasih pada En. Yazir yang sudi bagi kebenaran menggunakan ruang didepan rumah, air dan elektrik.



10.30 a.m. Tak siap lagi kaaa....... aikkk suda lapar ka yan, aku makan ayam ni baru tau .........



10.45 a.m. Zul menunjukkan skil....... haaaa cam ni kalu nak potong ayam..... tapi lepas tu anak dia menangis ..... cerita selanjutnya boleh tanya pada Yazir.... hehe




11.00 a.m. amboihhh .....releksss nampakkk...... semua kerja sudah beres kaaaa burn ....



6.30 p.m. Zaidi mula nyalakan api BBQ....... macam ni kalau nak nyalakan api .....kipas kuat-kuat ewahhh



6.45 p.m. Azrin kata .....baik aku cari minyak masak dulu laaaa .....kasi taruh sikit baru api boleh menyala........



7.00 p.m. Ini semua bakal-bakal wakil negara ke piala dunia nih ...........




7.10 p.m. Amboihhh seronok orang pompuan sekali-sekala dapat nyembang ....... tini, khaty, cikgu dan zura. Thanks to tini ....whipped potato dan coleslaw memang sedap sehingga menjilat pinggan.....hehe



7.30 p.m. Nasib baik ada Nazry, api nyala marakkk......... kawe denge api ni biasooo...... sebetulnyoo api takut dgn kawe...... Anak Zaidi, abg yang sedang bercuti belajar di Australia pun ada ......balik Australia sure nak cuba BBQ nihhhh.........


7.45 p.m. Aaaaaaaha...... ni dia orang kuat Enclave T, tn.hj. Din ......... kalau tuan hj. tak da memang tak jalan keja ....... Azrin tengah belek - belek api ......... ni kalau nak kasi marak lagi ni aku taruk minyak kapal terbang kang ....... hehe




8.30 p.m. seronok laaaa ayam dah mula masakkkk........ Yazir, Asri, Yan, Azrin, anak hj. razali.....



8.35 p.m. perghhhhhhh......memang best betul la daging BBQ, rasa dia superbbbb..... kena pulak dengan kentang putar, coleslaw, kuah BBQ ......air buah, teh tarik, nescafe dan kueh...... memang best betul laaaa

8.40 p.m. ayam perghhhhhh .....superbbb..... sedap, lazat, delicious, masuk dlm mulut perghhhh........... memang susah nak cakap ....rasa sendiri baru tau aaa..... betul tak....!!


8.45 p.m. Mak aiiiiii......... ada sebaldi lagi ayam yang belum panggang ........... releksss.... sampai pukul 10.00 mlm habis licin.....


8.50.p.m. Daging dan tinggal sikit dari setengah periuk .................



9.00 p.m. Noh , yazir dan azrin..... burpppp kekenyangan........




9.03 p.m. Terima kasih daun keladi pada Dura, nampak gayanya kalau tak da siapa dari Enclave T yang menurun dan tau resepi dura lain kali kena mintak tolong dura lagi yekk..... hehe .... jangan mareee.....



9.05.p.m. Isteri En. Samsuddin dan anak nya ..............



9.10 p.m. En. Nazry & isteri dan anak hj. Razali ................. kawe kenye tok leh masuk agi ..... pas ni kawe nok nyambung guntin.....



9.15 p.m. Ni jejaka tampan Enclave T, kalau ada regu ni memang tak kering gusi ......ada aje idea nak melawak ........


9.20. p.m. Seronok jadi budak-budak ......... happy sakan ........


9.21 p.m. peaceeee................



9.25 p.m. Yang ni bapak-bapak budak pulak .......ewah awat hang bersilat pulak burn ...... mai KL kena tukaq nama bak hang..... tukaq burn dari bakar.....ehehe......apa2 pun hang memang sporting.



9.30 p.m. En. Asri dan keluarga, terima kasih sebab buatkan bekas BBQ, Asri dan keluarga memang dari dulu lagi sporting ........... makan banyak-banyak syafiq, nanti main badminton boleh smash kuat-kuat .......



9.35 p.m. Hj Din, Zul dan Noh dah tersandar kekenyangan ........ Yang pakai baju biru bercermin mata tu sedara burn , siapa nama dia lupa la pulokk......




9.37 p.m. Aaaaaaahahahahahha.......yang pakai baju kuning tu ....cuba teka siapa??? gadis pingitan Enclave T diapit oleh Zila dan Kak long.



9. 40 p.m. Rasa-rasanya yang ni keluarga atau sedara-mara burn.



9.45 p.m. Amboi .....sekali sekala orang pompuan dapat nyembang ........ seronok tak terkata yaa, sebelum ni org lelaki jee yang mesyuarat ....... tapi orang lelaki kalau mesyuarat sampai pukul 1.00 pagi .....ayam dah berkokok tapi tak conclude lagi ........ lagi dasat...... hehe



9.47 p.m. Jadi budak-budak juga la yang best ...... Danish, Haikal dan Zikri


9.48 p.m. Sukanyaaa anak azrin ..........




9.49 p.m. Ini semua bakal-bakal teruna dan dara kegilaan ramai di Enclave T 20 tahun lagi .....hehehe



9.50 p.m. Alahai ciannyaa pada Sudin dan hj. Razali...... sebab datang lambat apa nak buat dah tugas kan din, tapi tak pa walaupun datang lambat tapi tetap dapat makan sebab kawan-kawan ada tinggalkan.




9.51 p.m. En. Aris dan keluarga pon datang lambat sebab ada urusan di Bangi ...... apa nak buat ya Aris..... tapi tetap dapat makan dengan kenyang juga .....hehe




9.52 p.m. Pengusaha kerepek di Enclave T, baru buka kedai di Enstek ......sila la datang kekedai En. Aris & Ros ...... kita sokong ramai-ramai. ok


9.52 p.m. Zura dan isteri En. Asri ......... amboiiiii sedapnyaaaaaa.......
.
.
.
.
.
.
Laporan Kewangan.
'
Ada seramai enam belas (16) keluarga yang menyertai Jamuan Akhir Tahun (BBQ) , mereka ialah :-
'
1- Tn. Hj. Din
2- En. Samsuddin
3- En. Zaidi
4- En. Suhaimi
5- En. Yazir
6- En. Sahihan
7- En. Asri
8- En. Zul
9- Tn. Hj. Razali
10- En. Nazry
11- En. Azrin
12- En. Aris
13- En. Bakar
14- Saudara En. Bakar
15- En. Noh
16- Bazlan
.
Kutipan sebanyak RM40.0 x 16 keluarga = RM640.00
.
Perbelanjaan
.
1- Khemah (Bazlan) = RM150.0
2- Ayam - RM200 dan Daging-RM60 (Hj. Din) = RM260.00
3- Coleslaw, whipped potato, arang x3 bag, air buah, nescafe, susu, gula, garam, mayonis (Zaidi)= RM150.00
4- Arang x3 bag, air batu (suhaimi) = RM20.00
5- Bahan-bahan BBQ (Dura) = RM 80.00
.
Jumlah kesemua = RM660.00
.
= Jumlah kutipan - Jumlah perbelanjaan
= RM640.00 - RM660.00
= - RM20.00 (kurang).
.
.
Terima Kasih

Saturday, December 6, 2008

Minit Mesyuarat Enclave T - 05 Disember 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mesyuarat bermula agak lewat kerana ramai penduduk dari enclave T yang tidak dapat hadir di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, diantara penduduk-penduduk yang sempat memaklumkan ketidakhadiran kepada saya ialah En. Suhaimi 16T, En Rashidi, En. Mahzan, En. Faizul dan En. Nazry.

Kepada yang hadir termasuklah En. Zaidi, Tn.Hj.Din, En. Yazir, En. Asri, Tn.Hj. Razali, En. Samsuddin, En. Azrin, Tengku Ahmad, En. Bakar, En. Aris dan saya sendiri.


JAMUAN AKHIR TAHUN

Memandangkan ada 2-3 keluarga penduduk yang memaklumkan tidak dapat hadir pada tarikh asal maka mesyuarat bersetuju sebulat suara untuk meminda tarikh jamuan akhir tahun kepada 13hb Disember 2008(Sabtu) dari tarikh asal iaitu pada 20hb Disember 2008.

Diantara keputusan yang dicapai ialah :-

1- Diminta Tn. Hj. Razali untuk menukar tarikh untuk menempah khemah mengikut tarikh di atas.

2- Ayam dan daging akan diuruskan oleh Hj.Din, memandangkan beliau sudah biasa berurusan dengan pembekal ayam & daging, tetapi tempahan hendaklah dimaklumkan kepada beliau sekurang-kurangnya pada malam 11/12/2008 (Khamis).
.
3- Yuran kutipan ialah sebanyak RM40.00 bagi setiap rumah dan bolehlah diserahkan kepada saya selewat-lewatnya 11hb Disember 2008 (Khamis).
.
4- Menu makanan pada malam tersebut ialah BBQ (ayam&daging lembu), coleslaw, kentang goreng, salad, nuggets, air panas dan sejuk.

5- Majlis akan bermula dipagi hari sabtu (13hb), dengan dibahagikan kepada 2 kumpulan yang utama iaitu satu kumpulan yang ditugaskan untuk menguruskan pembelian ayam dan daging dengan diketuai oleh Tn.Hj.Din. Kumpulan kedua akan menguruskan pembelian sayur-sayuran serta barangan yang lain-lain.

6- Penduduk lelaki diminta untuk menguruskan pembersihan ayam dan daging termasuk memerap ayam sebaik dibersihkan dari dibeli dari pasar manakala penduduk wanita diminta untuk datang ke khemah yang akan dipasang dihadapan rumah En. Yazir pada pukul 1.30 ptg bertujuan untuk menyiapkan coleslaw, salad, goreng nugget dan goreng kentang .
.
7- En. Asri akan membekalkan bekas untuk BBQ (tong drum yang dipotong separuh).
.
8 - En. Azrin akan periksa dahulu samada ianya masih ada didalam simpanan ataupun tidak iaitu senarai bahan-bahan yang akan dibeli, jumlah ayam dan daging serta resepi ayam BBQ,. Jika ada maka bolehlah digunakan resepi dan anggaran yang dahulu.

Agenda yang dibincang di atas bolehlah dijadikan sebagai rujukan untuk melancarkan pergerakan pada hari sabtu tersebut. Walaubagaimana pun komitmen tuan-tuan dan puan-puan untuk menjayakan acara di atas adalah dipohon serta lebih utama dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.


PENGAWAL KESELAMATAN

1- Dialog bersama dengan pegawai keselamatan dari Redza Sekuriti tidak dapat dijalankan diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Satu tarikh baru akan disediakan.

Mesyuarat merakamkan ribuan terima kasih kepada penduduk yang hadir.

Terima kasih


Tengku Ahmad ada tapi dia tak dpt join BBQ sebab kena posting ke Vietnam sebulan Bon Voyage Selamat Jalan & Selamat Pulang. En. Aris pun ada siap bawa roti dan pizza, terima kasih daun keladi....hehe



Kueh mueh dan air dibawa oleh Tn. Hj. Din ...... terima kasih th. hj....sbb tu kalau ada apa2 function tn. hj kena ada....



Amboi senyum meleret-leret Azrin dgn Yazir, mesti ada apa2 ni .........


Ini En. Bakar, jiran baru Enclave T, baru berpindah dari Sg. Petani, menyewa dirumah En. Noh dan dah bayar yuran sekuriti ........... memang baguihhh bak hang ......



Zaidi dan Hj. Din tegah tersandar kekenyangan..... Faizan jeling-jeling ni kueh balance sure aku punya mlm ni, hehe.....

Azrin, Samsuddin dan Zaidi ...... walaupun semua penat tapi datang juga ......... thanks sbb datang..... ialah untuk kita juga kan, kan, kan .....


Wednesday, December 3, 2008

Notis Mesyuarat Enclave T - 05 Disember 2008

KEPADA PENDUDUK ENCLAVE T

Satu mesyuarat bagi penduduk Enclave T akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh : 05 Disember 2008 (Jumaat)

Masa : 9.00 p.m.

Agenda :

1- Berkumpul di Wakaf Enclave-T
2- Mesyuarat Penduduk Encl.T
- Acara penutup tahunan
- Kutipan bulanan bagi Pengawal Keselamatan
- Maklumbalas dari penduduk Encl.T
- Dialog bersama pegawai Redza Security
3- Perkara-Perkara Berbangkit
4- Jamuan Ringan
5- Bersurai

Segala kerjasama, sokongan dan kehadiran dari pihak tuan, diucapkan ribuan terima kasih.




“SELAMAT MAJU JAYA ENCLAVE T”


Sekian terima kasih

Adik Suhayl bin Shahrul

Salam semua,

Baru-baru ini En. Shahrul baru mendapat anak lelaki yg bernama Suhayl, lahir pada 10 Nov 2008 jam 1.50 ptg seberat 3.2kg di Selangor Specialist Hospital, Shah Alam.

Bertambah lagi warga Enclave T. Tahniah kepada En. Shahrul & Keluarga.

Terima kasih






Tuesday, November 18, 2008

Minit Mesyuarat Enclave T, 14 November 2008

Assalamualaikum,

Mesyuarat di Enclave T pada 14 November 2008 telah berjaya diadakan dan cadangan pada mesyuarat tersebut diantaranya ialah :


Majlis Makan-Makan

1- Mesyuarat bersetuju untuk menjayakan acara makan-makan bersama keluarga Enclave T pada (cadangan) 20 Disember 2008 (Hari Sabtu).
2- En. Yan mencadangkan dibuat majlis BBQ secara gotong-royong dengan penglibatan anggota lelaki dan wanita.
3- Satu mesyuarat akan diadakan sekurang-kurangnya dua minggu dari tarikh yang dicadangkan seperti di atas, untuk membincangkan dengan lebih terperinci agenda di majlis tersebut.
4- Khemah akan diusahakan oleh Tuan Hj. Razali dengan bertanya kepada AJK masjid.
5- Mesyuarat bersetuju dengan kutipan untuk acara makan-makan ini adalah diantara RM30-RM40 bagi setiap rumah.

Keselamatan Penduduk

1- En. Asri mencadangkan supaya mendekati dengan berhemah penduduk yang masih enggan membayar duit kutipan bulanan pengawal keselamatan. Lawatan dari rumah-ke rumah dipersetujui akan dibuat pada hari minggu.
2- En. Zaidi mencadangkan supaya suatu persetujuan bersama dibuat diantara penduduk yang masih enggan membayar kutipan bulanan pengawal keselamatan dengan AJK penduduk supaya satu keputusan menang-menang diperolehi. Dimana komitmen untuk membayar pada setiap bulan adalah amat ditagih.
3- Dicadangkan oleh En. Asri supaya acara dialog diadakan dengan pegawai dari syarikat pengawal keselamatan pada mesyuarat yang akan datang.

Mesyuarat amat berterima kasih kepada penduduk-penduduk Enclave T yang masih seperti dulu, saling hormat-menghormati, mesra, komited, sporting dan kelakar.

Terima kasih.





Duduk berhimpit-himpit .......... muka sedih je din, maklum la dah kerje shif ......



Wahhh..... banyak makanan, terima kasih daun keladi kepada yang menyumbang.



Sambil makan .....sambil berbincang ........




Apa la yang dimenungkan Zaidi tu ........ serious nampak nya


















Pengawal Keselamatan


  • Nama saya Faizan, sila hubungi saya di 019-2456298.
  • Jika tuan-tuan ada masalah keselamatan, sebagai contoh takut untuk memeriksa pintu hadapan atau di belakang di malam hari, sila hubungi saya. Saya akan periksa untuk pihak tuan dan akan memaklumkan kepada tuan dengan segera.
  • Jika tuan-tuan meninggalkan rumah dan memerlukan saya untuk menyalakan lampu di porch hadapan rumah, tuan juga boleh memaklumkan kepada saya.
  • Jika ada apa-apa kecemasan sila menghubungi saya segera, supaya Pelan Kecemasan Penduduk boleh diaktifkan serta-merta.



  • Saya akan mengawasi rumah tuan-tuan, dan pergerakan saya tidak dapat dimaklumkan disini atas faktor-faktor keselamatan.
  • Saya akan bawa 'time clocking' seperti contoh di gambar atas (salah satu kunci daripada 6 lokasi) supaya majikan saya dan penduduk boleh mengetahui pergerakan saya.

  • Saya membawa bersama kayu cota, lampu picit, memakai uniform syarikat, berkasut, alat time clocking dan jaket keselamatan.

Yang benar

Faizan

Pengawal Keselamatan Enclave T