Friday, August 22, 2014

Sambutan Hari Raya 2014

Assalamualaikum.

Alhamdulillah shukur kehadrat Allah swt kerana dapat kami menyempurnakan majlis sambutan hari raya 2014 di tahun ini yg bertempat di perkarangan rumah 30 T dan 31 T.

Majlis yang dimulai dengan ucapan ringkas oleh pengerusi dan disusuli dengan bacaan doa selamat yang di bimbing oleh tuan haji Safee. Majlis hari raya pada tahun ini berjaya menghimpunkan seluruh penduduk Enclave T untuk datang berhimpun beramah mesra dan menjamu selera. Kepada penduduk yang tidak dapat hadir di atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan disini kami sertakan gambar sebagai kenang-kenangan untuk tatapan dan ingatan bagi semua. 

Sekian terima kasih












.















Wednesday, August 20, 2014

Notis - sambutan Hari Raya 2014



Kepada Penduduk Enclave-T,


Sukacita dimaklumkan bahawa satu majlis SAMBUTAN HARI RAYA 2014 bagi seluruh penduduk Enclave T akan diadakan seperti berikut :-


Tarikh   :       23hb Ogos 2013    (Sabtu)
                                   27 Syawal 1435H

 Masa     :        9.00 a.m. - 11.30 a.m.

Tempat :        Perkarangan Rumah 30 T & 31 T


Aturcara  :    1- Persediaan Untuk Jamuan
      7.30 a.m. - 9.00 a.m
                                    2- Ucapan & Doa Selamat   
                                        9.00 a.m. - 9.30 a.m.
                                    3- Jamuan secara ‘Potluck’ 
                                        9.30 a.m.- 11. 30 a.m.
                                    4- Majlis bersurai
                                        11.30 a.m.

Kod Pakaian :

Pakaian Laki-laki / Anak-anak Laki-laki :
Baju Melayu lengkap bersongkok dan bersamping
Pakaian Wanita/Anak-Anak Perempuan :
Baju Kurung


Jamuan Potluck :

Satu keluarga dinasihati membawa satu juadah makanan sahaja cukup untuk menjamu 3-4 orang.  Ini untuk mengelakkan makanan daripada berlebihan. Menu utama ada disediakan seperti nasi himpit, kuah lodeh, rendang, lemang dan satey ayam & daging bersama air panas dan sejuk.

Segala kerjasama, sokongan dan kehadiran dari pihak tuan, diucapkan ribuan terima kasih.

Yang benar,
Bazlan

Friday, August 17, 2012

Minit Mesyuarat Enclave T - 27 July 2012

MINIT MESYUARAT ENCLAVE T - 27hb JULY 2012

PENDAHULUAN

Alhamdulillah dan terima kasih kepada penduduk di Enclave T yang dapat meluangkan masa untuk hadir pada mesyuarat penduduk kali ini.


PENGAWAL KESELAMATAN

1- Mesyuarat memohon kerjasama dari penduduk-penduduk Enclave T termasuk kepada penyewa-penyewa untuk membayar yuran sekuriti semoga sumbangan kita ini dapat mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku dikawasan kediaman Enclave T.

2- Bayaran yuran bulanan ini masih kekal pada kadar lama iaitu RM50.00 sebulan. Di harap penduduk-penduduk tidak melenggahkan pembayaran kerana ianya apabila tertunggak akan menjadi bebanan pula di kemudian hari.

3- Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk menggadakan kawalan keselamatan pada sebelah siang hari pada minggu hari raya selama hanya lima (5) hari bermula dari 19hb Ogos – 23 hb Ogos 2012. (Ahad – Khamis), dari waktu 10.00 a.m. hingga jam 6.00 p.m.

4- Kawalan keselamatan pada waktu malam pula akan diadakan seperti biasa bermula dari pukul 10.00 p.m. – 6.00 a.m.

5- Penduduk-penduduk dinasihatkan supaya mengunci rumah dan memberitahu jiran tempoh ketiadaan dirumah supaya jiran boleh menolong memantau jika ada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku
TABUNGAN

1- Seperti biasa pembayaran sekuriti RM50.00 sebulan bolehlah dibuat pada En. Yazir, En. Zaidi dan saya sendiri, jika pihak tuan tidak dapat hadir pada mesyuarat bulanan di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

2- Akaun terkini dikeluarkan oleh En. Yazir secara berkala dan ianya boleh dirujuk di blog http://www.enclave-t.blogspot.com/


KUTIPAN SURAU

Surau Al-Hidayah di Persada Damai ada menganjurkan kutipan bulanan bagi menampung perbelanjaan aktiviti-aktiviti surau termasuk ceramah-ceramah agama dan kelas mengaji. Sukacita dijemput penduduk-penduduk di Enclave T untuk menderma ke tabung surau Al-Hidayah dengan menghubungi Tuan Haji Razali, No. Rumah 8-T, selaku wakil Surau Al-Hidayah.


JAMUAN HARI RAYA

1- Mesyuarat memutuskan bahawa jamuan hari raya pada tahun ini akan diadakan pada 16hb September 2012 (Ahad) pada pukul 8.00 p.m. Jamuan pada tahun ini akan diadakan secara kutipan dan juga pot-luck dimana setiap rumah disyaratkan membawa sedikit makanan (anggaran 3-4 orang sahaja). Kutipan sebanyak RM 20.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Sahaja) bagi satu rumah. Kutipan ini akan digunakan bagi membiayai sewa khemah dan juga penyediaan menu utama iaitu nasi lemak dan air minuman.

2- Duit kutipan sebanyak RM20.00 tersebut bolehlah diserahkan kepada En. Yazir selaku bendahari Encl. T, selewat-lewatnya pada 09hb September 2012 (Ahad).


LAIN-LAIN

1- Mesyuarat menasihatkan agar ibubapa dapat mengawasi anak-anak di Enclave T agar tidak bermain mercun yang merbahaya seperti contoh mercun yang di hasilkan dari kabait, mercun bom, dan lain-lain yang boleh mengeluarkan bunyi yang terlalu kuat serta mengganggu keharmonian jiran tetangga. Walaubagaimana pun bunga api yang tidak diharamkan oleh kerajaan Malaysia bolehlah dimain di waktu malam di bawah pengawasaan ibubapa di dalam suasana muhibbah serta semangat kejiranan yang tinggi.

2- Mesyurat mencadangkan agar permohonan bagi mendapatkan sebuah court futsal dapat di pohon dari Adun kawasan kawasan Labu. Satu surat permohonan rasmi akan di keluarkan di dalam masa terdekat.

3- Tuan Haji Razali telah membuat aduan mengenai keadaan longkang yang kotor di Enclave T kepada MPN – Majlis Perbandaran Nilai. Satu salinan laporan ada diberi sebagai bukti aduan telah diterima.



Sila layari blog kami di http://enclave-t.blogspot.com

Thursday, February 2, 2012

Notis Mesyuarat Enclave T - 03 Februari 2012

Kepada Penduduk Enclave-T,

Satu mesyuarat bulanan bagi penduduk Enclave T akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh : 03hb Februari 2012 (Jumaat)
Masa : 10.00 p.m.
Tempat : Wakaf, Enclave T

Agenda :
1- Mesyuarat Penduduk Encl. T
- Kutipan bulanan bagi Pengawal Keselamatan
- Maklumbalas dari penduduk Encl.T
- Kutipan derma surau
- Keselamatan penduduk
2- Perkara-Perkara Berbangkit
3- Jamuan Ringan
4- Bersurai

Segala kerjasama, sokongan dan kehadiran dari pihak tuan, diucapkan ribuan terima kasih.

Yang benar,

Bazlan

Penyata Kewangan Enclave T - 01 Februari 2012

Assalamualaikum,

Sila semak akaun yang dikemaskini sehingga 01 Februari 2012.

Jika ada sebarang kesilapan sila maklumkan pada En. Yazir dengan kadar segera.Pembayaran duit pengawal keselamatan boleh di bayar terus semasa mesyuarat bulanan yang di adakan setiap bulan atau jika tidak kesempatan bolehlah di bayar terus kepada En. Yazir, no rumah 27 T atau pada saya sendiri di 36-T.

Terima kasih.

Yang benar,
Bazlan











Thursday, December 1, 2011

Notis Mesyuarat Enclave T - 02hb Disember 2011

Kepada Penduduk Enclave-T,

Satu mesyuarat bulanan bagi penduduk Enclave T akan diadakan seperti berikut :-


Tarikh : 02hb Disember 2011 (Jumaat)

Masa : 10.00 p.m.

Tempat : Wakaf, Enclave T

Agenda :

1- Mesyuarat Penduduk Encl. T
- Kutipan bulanan bagi Pengawal Keselamatan
- Maklumbalas dari penduduk Encl.T
- Kutipan derma surau
- Keselamatan penduduk

2- Perkara-Perkara Berbangkit
3- Jamuan Ringan
4- Bersurai


Segala kerjasama, sokongan dan kehadiran dari pihak tuan, diucapkan ribuan terima kasih.

Yang benar,
Bazlan

Minit Mesyuarat Enclave T - 28hb Oktober 2011

MINIT MESYUARAT ENCLAVE T - Bil. 6/11



PENDAHULUAN

Alhamdulillah dan terima kasih kepada penduduk di Enclave T yang dapat meluangkan masa untuk hadir pada mesyuarat penduduk kali ini.

PENGAWAL KESELAMATAN

1- Penduduk di Enclave T di rayu untuk membayar yuran bulanan sekuriti yang telah mula dikutip bermula dari bulan Mac 2011. Mesyuarat memohon kerjasama dari penduduk-penduduk Enclave T termasuk kepada penyewa-penyewa untuk membayar yuran sekuriti semoga sumbangan kita yang kecil ini dapat mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku dikawasan kediaman Enclave T.

2- Bayaran yuran bulanan ini masih kekal pada kadar lama iaitu RM50.00 sebulan. Di harap penduduk-penduduk tidak melenggahkan pembayaran kerana ianya akan terkumpul dan akan menjadi bebanan pula di kemudian hari.

TABUNGAN

1- Seperti biasa pembayaran sekuriti RM50.00 sebulan bolehlah dibuat pada En. Yazir, En. Zaidi dan saya sendiri, jika pihak tuan tidak dapat hadir pada mesyuarat bulanan di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

2- Akaun terkini dikeluarkan oleh En. Yazir secara berkala dan ianya boleh dirujuk di blog http://www.enclave-t.blogspot.com/


KUTIPAN SURAU

Surau Al-Hidayah di Persada Damai ada menganjurkan kutipan bulanan bagi menampung perbelanjaan aktiviti-aktiviti surau termasuk ceramah-ceramah agama dan kelas mengaji. Sukacita dijemput penduduk-penduduk di Enclave T untuk menderma ke tabung surau Al-Hidayah dengan menghubungi Tuan Haji Razali, No. Rumah 8-T, selaku wakil Surau Al-Hidayah.

DIALOG BERSAMA PENGURUSAN ZEMART

Mesyuarat merasakan bahawa dialog bersama pengurusan Zemart pada hal-hal yang disenaraikan pada minit bil : 04/11 tidak dapat dilaksanakan memandangkan hal yang sebegini sepatutnya dibawa oleh pihak persatuan yang mewakili suara majoriti. Manakala keadaan persatuan yang semua telah sedia maklum dianggap sebagai tidak aktif lagi. Satu usaha lain perlulah dibuat agar perkara-perkara yang menjadi kepentingan bersama boleh diatasi untuk kepentingan dan keselesaan penduduk di Enclave T.

GOTONG – ROYONG

Majlis gotong–royong di tangguhkan buat sementara waktu memandangkan cuaca yang sudah memasuki musim tengkujuh dimana hujan turun hampir setiap hari. Satu tarikh baru akan diberitahu kelak.

LAIN-LAIN

1- Tuan Haji memaklumkan bahawa tong sampah di Enclave T perlulah diganti baru kerana sudah rosak teruk dan tidak boleh digunakan lagi.

2- Cadangan Haji Razali iaitu untuk menggantikan padang bola di Enclave T dengan kawasan futsal / gelanggang vollyball telah mendapat beberapa cadangan susulan, iaitu:-

a- Cadangan supaya diminta peruntukan untuk membina kawasan permainan futsal dari pihak pengurusan bandar ENSTEK.
b- Cadangan supaya dipanjangkan permohonan ini sehingga kepada Kementerian Belia dan Sukan.
c- Cadangan untuk memohon peruntukan dari MPN untuk dibuat lapangan FUTSAL. Satu dialog bersama MPN akan diusahakan oleh En. Hamsani.


Thursday, October 27, 2011

Notis Mesyuarat Enclave T - 28/10/2011

Kepada Penduduk Enclave-T,

Satu mesyuarat bagi penduduk Enclave T akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh : 28hb Oktober 2011 (Jumaat)

Masa : 10.00 p.m.

Tempat : Wakaf, Enclave T

Agenda :
1- Mesyuarat Penduduk Encl.T
- Kutipan bulanan bagi Pengawal Keselamatan
- Maklumbalas dari penduduk Encl.T
- Kutipan derma surau
- Keselamatan penduduk
2- Perkara-Perkara Berbangkit
3- Jamuan Ringan
4- Bersurai

Segala kerjasama, sokongan dan kehadiran dari pihak tuan, diucapkan ribuan terima kasih.

Yang benar,
Bazlan

Monday, October 3, 2011

Jamuan Hari Raya 2011 - 16 September 2011

Assalamualaikum,


Alhamdulillah, akhirnya satu majlis sambutan hari raya yang julung-julung kalinya untuk Enclave T berjaya diadakan pada 16 September 2011. Pada setiap tahun penduduk Enclave T bercita-cita untuk menjayakan majlis hari rayanya sendiri tetapi tidak pernah menjadi realiti, hanya pada tahun ini sahaja ianya menjadi kenyataan.


Majlis yang cukup ringkas diadakan disebelah malam dimana jamuan diadakan secara 'pot luck' setiap keluarga disarankan untuk membawa satu jenis jamuan makanan bagi kira-kira 2-3 orang sahaja.


Akhirkata, harapan penduduk agar acara sambutan hari raya sebegini dapat diadakan pada setiap tahun, agar silaturrahim di kalangan penduduk menjadi semakin erat, insyaAllah.


Sekian terima kasih